24.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 25, 2020

Pakatan Rakyat Tidak Wajar Teruskan Dasar Populis Di Selangor – Teng

Teng Chang Kim

Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor tidak wajar meneruskan dasar-dasar populis setelah masuk penggal kedua pemerintahan mereka di negeri itu, kata Naib Pengerusi DAP negeri, Datuk Teng Chang Khim.

Beliau berkata, kerajaan negeri yang bertanggungjawab perlu mempunyai pandangan jauh tentang kebajikan rakyat dan bukan hanya memperkenal dasar populis seperti pemberian air percuma.

“Kerajaan (negeri) perlu mengajar rakyat memancing ikan supaya mereka boleh makan ikan setiap hari, bukannya memberi mereka makan ikan sahaja,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Konvensyen DAP Selangor ke-17 di sini, Ahad.

Teng, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, menarik perhatian bahawa setelah lima tahun memerintah, hanya antara empat dan 10 peratus daripada belanjawan untuk semua 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor digunakan untuk tujuan pembangunan.

Sementara itu, anggota Parlimen (MP) Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee dipilih sebagai pengerusi DAP Selangor yang baru di konvensyen parti itu, sementara MP Puchong Gobind Singh Deo terpilih sebagai timbalan pengerusi.

Speaker Dewan Negeri, Hannah Yeoh Tseow Suan menyertai Teng sebagai naib pengerusi.

Sejumlah 699 dari 1,221 perwakilan parti menghadiri konvenseyn itu. Sejumlah 687 perwakilan mengundi memilih jawatankuasa DAP Selangor.

Tiga puluh lima calon bertanding untuk 15 tempat dalam jawatankuasa parti di konvensyen dwi-tahunan itu.

Sesi perbahasan tertumpu kepada mengkritik Kerajaan Persekutuan dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).






Berita Berkaitan

Darurat: Raja-Raja Melayu bermesyuarat esok

Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan khas...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa...

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,355PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan