25.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 20, 2020

Pampasan Untuk Tahanan ISA: Bukti Kerajaan @NajibRazak Tidak Zalim

Dakwaan Pakatan Rakyat bahawa kononnya sistem kehakiman negara ini adalah tidak telus dan dikawal kerajaan UMNO kini terserlah lagi sebagai satu pembohongan yang nyata dan berniat jahat apabila 5 tahanan ISA yang terdiri dari puak mereka telah memenangi perbicaraan dan bakal menerima pampasan yang tinggi.

Tian Chua, Hishamudin Rais, Badrulamin khalwat, Badaruddin dan Saari diputuskan oleh mahkamah untuk menerima pampasan lebih RM4 juta atas alasan ditahan berdasarkan politik dan bukannya keselamatan negara.

Kita hormati keputusan hakim walaupun tidak bersetuju bahawa mereka-mereka ini tidak mengancam keselamatan negara. Sebagai seorang yang rasional kita faham bahawa pendapat dan pandangan kita tidak penting dalam memperkatakan sesuatu kes mahkamah tetapi yang penting adalah bukti dan saksi.

Malangnya, pihak yang bakal menerima pampasan tersebut sendiri adalah terdiri dari mereka-mereka yang tidak rasional.

Penahanan mereka itu sendiri adalah buktinya, di mana ianya bertitik tolak atau berpunca dari keengganan mereka menerima keputusan mahkamah yang mendapati Anwar Ibrahim sebagai bersalah. Sebenarnya, tidak salah jika dikatakan bahawa mereka ini lahir dari kes Liwat I Anwar.

Sejak Anwar didapati bersalah oleh mahkamah dalam kes tersebut, mereka-mereka ini giat memburuk-burukkan sistem kehakiman negara dan kerajaan ke serata dunia. Kononnya kerajaan mengawal mahkamah, hakim berat sebelah dan undang-undang boleh dimanipulasi. Imej Malaysia terjejas teruk kerana sikap tidak bertanggungjawab mereka itu.

Oleh yang demikian, walaupun mereka tidak mengancam keselamatan negara sepertimana yang diputuskan hakim, mereka kekal dilihat oleh rakyat sebagai pengkhianat negara dan pembohong.

Bukan sekali pembohongan mereka mengenai sistem kehakiman negara ini terdedah tetapi berkali-kali. Pembebasan Anwar bagi kes liwat II adalah bukti nyata bahawa Pakatan Rakyat berbohong kononnya mahkamah dikawal oleh kerajaan.

Logik akal menyatakan jika benar mahkamah dikawal oleh kuasa politik, tidak mungkin Anwar akan bebas dan tidak mungkin kelima-lima pengkhianat negara itu akan mendapat pampasan. Namun, ini tidak berlaku, sebaliknya Anwar dan pengkhianat-pengkhianat ini semua menang dan bebas untuk terus temberang kepada dunia memburukkan negara dan kerajaan.

Maka jelas sekali bahawa kerajaan tidak pernah mencampuri urusan perundangan negara ini. Kerana itu, kita melihat pembangkang boleh menang dalam beberapa kes dan pemimpin UMNO juga boleh didapati bersalah dan dihukum dalam beberapa kes lain.

Secara dasarnya, kini PR tidak punya kredibiliti lagi untuk menjaja bahawa sistem kehakiman tidak adil dalam strategi mereka untuk menjatuhkan BN.

Dengan itu, kita sama-sama tunggu apakah selepas menerima pampasan ini maka Tian Chua, Hishamudin Rais, Badrulamin khalwat, Badaruddin dan Saari akan terus berbohong bahawa mahkamah Malaysia tidak adil dan berat sebelah?

Jika mereka terus melakukannya, maka ada kebenarannya bahawa mahkamah Malaysia tidak adil – iaitu bukan kerana ia dikawal oleh BN, tetapi oleh pihak PR sendiri sehingga dapat memastikan yang pihak mereka menang dalam kes-kes yang mampu memberi imbuhan kepada mereka.

Berita Berkaitan

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Mahathir cadang cukai bagi perniagaan online

“Perniagaan dalam talian yang berurusan secara terus telah menyebabkan perniagaan konvensional terjejas dan kutipan cukai perniagaan juga berkurangan.

Boleh simpan YB belot, tetapi kerusi PRU milik parti dahulu

“Kamu boleh simpan YB (ahli Parlimen) belot, tetapi kerusi (pilihan raya) tetap milik parti dimenangi dahulu.” Demikian kenyataan tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri...
00:02:21

[Video] RPK Dakwa Mahathir Bakal Hilang RM100 Billion Jika Mukhriz Tidak Jadi PM

Ketika Mahathir dan kuncunya menaburkan dedak untuk mengutuk 1MDB bagi dimamah oleh penyokong dan kepada rakyat, ramai tidak tahu kisah sebenar Mahathir mahu menumbangkan...

Apa Salahnya Pulau Pinang Jadi Bandar Kristian? – Dr Ariffin Omar

(menara.my) – Senator lantikan parti DAP, Senator Dr. Ariffin S.M Omar berpandangan bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan jika Pulau Pinang menjadi Bandar Kristian....

6 Ahli parlimen PAN akan umum keluar parti sertai PPBM?

Seramai enam orang ahli parlimen Parti Amanah Negara (PAN) dijangka akan menyertai menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam masa terdekat. Menurut sumber mereka memilih...

[Video] PPBM setuju sertai Muafakat Nasional

Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin mengumumkan parti pimpinannya bersetuju menyertai Muafakat Nasional (MN), kerjasama antara Umno dan PAS. Beliau dalam satu rakaman video berkata, ia adalah...

Ekonomi negara jatuh berbanding kebanyakan negara dunia kerana salah urus

Bila bon Kerajaan Malaysia tidak lagi berada dalam indeks global, pelabur asing yang melabur dalam bon kerajaan terpaksa menjual dan membawa keluar duit mereka untuk melabur di dalam bon negara lain yang berada dalam indeks tersebut.

Lim Kang Hoo dari The Loaf ke Bandar Malaysia

Namun begitu sebuah syarikat bernama Ekovest Berhad melalui sebuah syarikat subsidiari mereka Duke Dining Sdn Bhd telah membeli keseluruhan saham The Loaf dan merancang untuk menghidupkan semula rangkaian bistro tersebut bermula tahun ini.

Mahathir dimalukan netizen di Facebook Perdana Menteri Pakistan

Kemeriahan sambutan luar biasa ke atas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sempena lawatan negara ke Pakistan itu sedikit mendatangkan kecacatan apabila ruangan komen facebook Imran Khan dihujani dengan ribuan komen daripada rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan pimpinan Dr Mahathir sejak kembali menawan Putrajaya.

Komen

..

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan telus sekali gus menuntut jawapan mengenai cara bagaimana kontrak projek...

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...

#PRNSabah: ‘Hukum kami jika mungkir janji’

Pentadbiran negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibarisi Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) sedia dihukum rakyat...

Najib cemuh Warisan isu janji manifesto

Bekas perdana menteri Najib Razak mencemuh Warisan selepas Presiden Shafie Apdal mempertikaikan dapatkah atau bolehkah manifesto Gabungan Rakyat Sabah dilaksanakan dan dicapai. Najib berkata manifesto...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...