PAN Istihar Tanding Parlimen Gombak Milik Azmin Ali - pakdin.my

pan-bertanding-parlimen-gombak

Ceramah Perdana PAN malam tadi di Dewan Orang Ramai AU2 Taman Keramat yang turut di hadiri 

  • Pemimpin Ulung DAP yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah YB Lim Kit Siang,
  • Penasihat Umum PAN Ustaz Ahmad Awang,
  • Timbalan Presiden PAN Sdr Salahuddin Ayub,
  • Ketua Penerangan PKR Syed Ibrahim Syed Noh,
  • Pengerusi PAN Kelantan Dato’ Wan Rahim Wan Abdullah,
  • Timbalan Pengerusi PAN Selangor yang juga ADUN Hulu Kelang YB Hj Shaari Sungip telah membuat pengumuman yang mengejutkan bahawa PAN akan bertanding di parlimen Gombak yang kini disandang Timbalan Presiden PKR yang juga Dato’ Menteri Besar Selangor YAB Azmin Ali.
Agak pelik bin hairan kerana sejak penubuhan Pakatan Harapan terdiri dari PKR,DAP dan PAN yang dibuat secara gelojoh dan terburu-buru pada 22hb September lalu tidak lagi membincangkan pembahagian kerusi yang ditandingi pada PRU ke-14 namun mengapa Timbalan Pengerusi PAN Selangor tanpa segan sili dan malu tebal muka boleh tergamak dan sanggup mengisytiharkan bahawa pada PRU ke-14 nanti PAN akan bertanding di Parlimen Gombak kawasan parlimen Azmin Ali.

Pengumuman dibuat didepan Lim Kit Siang, Ustaz Ahmad Awang, Salahuddin Ayob dan beberapa pemimpin tinggi PKR. Apa motif sebenarnya pengumuman diumumkan dikawasan parlimen Gombak sendiri malam tadi.

UTAMAPOLITIKPAN Istihar Tanding Parlimen Gombak Milik Azmin Ali

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium