Pandang Pertama Samsung A32 5G, Warna Trendy & Susunan Kamera Yang Menonjol!

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Kemarin, tersangka preman di Jakarta Utara dan Jakarta Barat ditangkap

Jakarta (ANTARA) - Sejumlah berita seputar kriminalitas Jakarta terkait...

KISAH ANTI-VAKSIN, ISU PERDANA MENTERI BARU DAN HARAPAN KEPADA YDP AGONG

1. Anti vaksin jadi kambing hitam. Itulah yang mula...

Kim Jong Un label K-Pop sebagai ‘barah mudarat’

PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menuduh K-Pop...

限行令延长警方继续设路障·韩沙:接受14日到期通行信

内政部长拿督斯里韩沙再努丁指出,由于政府已延长限行令3.0两周,警方会继续接受将于14日届满的关键领域通行信函,直至28日。

Healthcare Assistant In The UK Steals Dead Patient’s Bank Card To Buy Snacks

A healthcare assistant, Ayesha Basharat was caught stealing an...

Baru-baru ini, Samsung telah melancarkan 3 model mid-range yang dikenali sebagai Galaxy A32, A52 dan A72. Bagi pengemar setia Android seperti admin, pelancaran model Samsung sentiasa dinantikan kerana Samsung merupakan jenama yang sentiasa menambah baik fungsi telefon pintarnya walaupun hanya telefon kelas pertengahan.

Paling best kali ini, admin diberi peluang untuk memiliki model A32. Terima kasih Samsung! Jom join pandang pertama A32 5G dan ketahui apakah ciri yang paling menonjol yang dimiliki telefon pintar ni.

Ada charger tak?

Ni soalan yang biasa diterima bagi setiap pengeluaran telefon sekarang, korang tak perlu risau Galaxy A32 5G masih lagi dibekalkan dengan palam dan kabel pengecas.

Kapasiti bateri untuk A32 5G juga agak besar iaitu 5000mAh. Untuk gamers dan yang suka merakam foto dengan telefon pintar ini semestinya ciri yang sangat ons untuk korang.

Galaxy A32 turut dilengkapi dengan kebijaksaan AI yang mampu mengesan dan adjust penggunaan telefon korang untuk penjimatan bateri. Admin perasan juga yang model ni dilengkapi pengecasan yang pantas, tak perlu tunggu lama untuk tunggu full bateri.

Susunan kamera yang menonjol

Selalunya, hanya telefon pintar kategori flagship je yang akan hadir dengan gaya terbaik. Tapi tidak bagi Samsung, kemasan belakang Galaxy A32 5G seperti gelas, mengingatkan admin dengan Galaxy S10.

Kedudukan kamera di penjuru kanan juga membantu untuk mengambil gambar mengikut aras mata. Tak sangka pula untuk Galaxy A32, ia dilengkapi dengan 4 kamera dibahagian belakang (main, ultra wide, depth, macro) dengan kamera utama 48MP dan kamera hadapan 13MP. Kalau tangkap gambar confirm cun dan jelas.

Skrin 6.5 inci, puas nak tengok K-drama!

Sekarang kalau boleh semua benda nak dibuat menggunakan telefon pintar, bukan sekadar untuk bertukar pesanan atau melayari sosial media. Malah ia turut menjadi medium untuk berniaga dan juga teman menonton drama, lagi-lagi yang suka layan drama Korea.

Tersedia dengan skrin 6.5-inch FHD dan Super AMOLED Infinity-U Display, Samsung GalaxyA32 5G pastinya memberikan korang kepuasan menggunakannya. Skrin yang lebih luas, tengok drama dan main games memang layan!

Harga mampu milik dengan 4 warna pilihan warna menawan

Samsung Galaxy A32 5G hadir dengan 4 pilihan warna yang menawan iaitu Awesome Black, Awesome White, Awesome Blue dan Awesome Violet. Semua memang cantiklah!

Dijual pada harga RM1,099 (RM1,199 untuk 5G) Galaxy A32 adalah telefon pintar wajib dimiliki bagi korang yang pentingkan gaya dengan kualiti kamera terbaik.

Maklumat lanjut mengenai siri Galaxy A32 5G ini, korang boleh layari laman web rasmi Samsung di SINI. Sebelum tu nak pesan, jangan lupa  untuk ikuti perincian spesifikasi dan pengalaman admin menggunakan telefon pintar ni. Stay tuned tau!

BACA juga:

Leave a Reply