[Video] Pandangan NGO Melayu Diambil Kira – @NajibRazak - pakdin.my

Pandangan dan teguran Badan Bukan Kerajaan NGO Melayu sentiasa diambil kira kerajaan dalam merangka dasar dan program pembangunan negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menegaskan, kerajaan juga tidak akan lari dari landasan dan prinsip perjuangan yang menjadi dasar pemimpin terdahulu iaitu menjaga kepentingan agama Islam dan Melayu.najib-kurang-subsidi-minyakTambah Datuk Seri Najib, dalam soal kedudukan orang Melayu, penjanaan kekayaan harus diperkasakan dan bukan dalam aspek pemilihan saham sahaja.

Ia termasuk pemilihan harta dan penjanaan kekayaan yang perlu ditekankan.

Kerajaan akan memastikan setiap orang Melayu merasai apa yang diusahakan kerajaan dan bukannya kelompok tertentu sahaja.

Selari dengan itu, perdana menteri turut mengumumkan kerajaan akan mengumumkan agenda baru membabitkan Bumiputera 14 September ini.

Datuk Seri Najib berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Sambutan Aidilfitri bersama NGO Melayu di Seri Perdana siang tadi.

Sebanyak 45 ngo Melayu hadir dan Datuk Seri Najib menganggap dengan perjumpaan seumpamanya satu pengiktirafan kerajaan terhadap golongan itu yang peranannya semakin diiktiraf.

UTAMANAJIB RAZAK Pandangan NGO Melayu Diambil Kira - @NajibRazak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium