Solat Sunat Witir. Witir bermaksud ganjil, iaitu tidak genap rakaatnya. Solat yang boleh dilakukan secara berseorangan atau berjamaah.
Hukum Solat Sunat Witir adalah sunat muakkad, iaitu sangat-sangat dituntut melakukannya. Rasulullah SAW bersabda;
“Wahai ahli al-Quran, kerjakanlah solat Witir, sebab Allah itu Witir(Maha Esa) dan suka sekali kepada Witir.” (Riwayat Ahmad)
Ia boleh didirikan sama ada 1, 3, 5, 7, 9 atau paling banyak 11 rakaat. Ia boleh dilakukan dua-dua rakaat dan diakhiri 1 rakaat atau diakhiri 3 rakaat (1 tahiyyat 1 salam).
Waktu Solat Sunat Witir iaitu setelah solat Isyak sehingga menjelang Subuh. Ia merupakan pelengkap atau penutup solat sunat Tahajjud @ solat malam dan juga solat Tarawih. Rasulullah SAW bersabda;
“Akhirilah solat malammu itu dengan Solat Witir.” (Riwayat Bukhari RA dan Muslim RA)
Fadhilat Solat Sunat Witir
1. Para malaikat turut menyaksi atas kesungguhan amalannya.
2. Solat Witir lebih utama daripada solat-solat sunat Rawatib yang lain.
3. Menurut sunnah yang akan memperolehi syafaat Nabi SAW di akhirat kelak.
Cara Mengerjakan Solat Sunat Witir
Secara kebiasaannya solat witir dilakukan 2 rakaat 1 salam diikuti 1 rakaat 1 salam.
Lafaz niat 2 rakaat;
Maksudnya :”Sahaja aku solat sunat Witir dua rakaat kerana Allah Taala.”
Bacaan:
Pada rakaat pertama hendaklah dibaca surah al-Fatihah dan surah al-A’la.
Pada rakaat kedua hendaklah dibaca surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun.
Maksudnya :”Sahaja aku solat sunat Witir satu rakaat kerana Allah Taala.”
Bacaan:
Setelah membaca al-Fatihah, bacalah surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas;
Selesai sahaja tahiyyat dan salam, bacalah bacaan berikut;
Doa Solat Sunat Witir;
Peringatan:
Sesiapa yang telah mengerjakan solat witir penamat, kemudian mahu bersolat lagi selepas itu, maka dia boleh bersolat tetapi tidak mengulangi lagi solat witir. Ini kerana Rasullullah SAW telah bersabda bermaksud;
“Tidak ada dua witir pada satu malam.” (Riwayat Ahmad)
Walau bagaimanapun mengikut pendapat ulama dalam Kitab Bahrul Mazi mengatakan, sesiapa yang telah mengerjakan solat witir pada awal malam dan bangun pada di tengah malam serta mahu mengerjakan solat lagi, maka dia hendaklah mengerjakan witir satu rakaat lagi dengan niat menggenapkan witir pada awal malam tadi.
Setelah mengerjakan solat witir satu rakaat barulah dia mengerjakan solat tahajjud atau solat-solat sunat yang lainnya. Setelah itu diakhiri dengan solat witir. Ia dikira sebagai satu witir sahaja pada waktu malam. Wallahua’lam…
Panduan di atas berdasarkan kepada Panduan Qiamullail terbitan JAKIM serta beberapa rujukan lain.
Panduan Mudah Cara Solat Sunat Witir Serta Doa https://t.co/VBObRn2aKd
Panduan Mudah Cara Solat Sunat Witir Serta Doa https://t.co/EzexEVCr9O https://t.co/zjvjyta2jS
Panduan Mudah Cara Solat Sunat Witir Serta Doa https://t.co/24dR3CaqAe
Lily Liana Lily liked this on Facebook.
Panduan Mudah Cara Solat Sunat Witir Serta Doa: Solat Sunat Witir. Witir bermaksud ganjil, iaitu tidak genap … https://t.co/x7RigDNklm
Panduan Mudah Cara Solat Sunat Witir Serta Doa: Solat Sunat Witir. Witir bermaksud ganjil, iaitu tidak genap … https://t.co/sG9D9qTyhz
Tq abg olexs..share ye
Mohammad Hamid liked this on Facebook.
עבד אללה liked this on Facebook.
Aedi Rizwan liked this on Facebook.
Yng Dayang liked this on Facebook.
Yahya Pak Yah liked this on Facebook.
Amrullah Bin Abdul Hamid liked this on Facebook.
Raja Walie Husin liked this on Facebook.
Ramli Mat Idi liked this on Facebook.
Seeyah Ayus liked this on Facebook.
Rusmawani Ishak liked this on Facebook.
RedMerah Puteh liked this on Facebook.
Perjuanggan Setia Perjuanggan Setia liked this on Facebook.
Iskandar Ct liked this on Facebook.
Mamak Udin Pak Berahim liked this on Facebook.
Roy Man liked this on Facebook.
Sarah Palie liked this on Facebook.
Ghani Ghani liked this on Facebook.