Pangillan palsu: Central Square gempar terdapat bom - pakdin.my

bom-palsu-central-square-sungai-petani

SUNGAI PETANI – Orang ramai yang berada di Central Square di sini gempar seketika setelah dimaklumkan terdapat bom diletakkan di sebuah bank yang terletak di dalam bangunan pusat membeli-belah itu.

Difahamkan situasi mencemaskan itu bermula apabila salah seorang pegawai bank tersebut menerima panggilan daripada seseorang yang memaklumkan mengenai keberadaan bom di situ pada kira-kira pukul 1.15 petang tadi.

Panggilan itu bagaimanapun dipercayai palsu.

Setakat ini polis masih menjalankan siasatan di tempat kejadian sementara kakitangan bank serta pelanggan diarah menunggu di luar bangunan.

UTAMABERITAPangillan palsu: Central Square gempar terdapat bom

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium