Parlimen Dibubar Hari Ini #PRU13 - pakdin.my

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menandatangani warkah yang dipersembahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) bagi memohon perkenan baginda untuk pembubaran Dewan Rakyat di Istana Negara di sini hari ini.
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan menandatangani warkah yang dipersembahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) bagi memohon perkenan baginda untuk pembubaran Dewan Rakyat di Istana Negara di sini hari ini.

PETALING JAYA: Parlimen Malaysia penggal ke-12 dibubar secara rasmi pada Rabu bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) diadakan.

Pembubaran berkenaan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi ucapan khas yang disiarkan secara langsung di televisyen kira-kira pukul 11.30 pagi.

Menurut Najib, pembubaran berkenaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong ketika beliau menghadap baginda awal pagi Rabu.

“Pada pagi ini saya telah pun menghadap Yang Di-Pertuan Agong dan menyembah warkah kepada baginda memohon perkenan supaya Parlimen ke-12 dibubarkan pada hari ini.

“Sehubungan itu selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, baginda telah pun memperkenankan agar Parlimen ke-12 dibubarkan berkuat-kuasa hari ini,” katanya.

Beliau sebelum itu mempengerusikan mesyuarat Kabinet terkahir di Putrajaya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama (dari kiri) Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi selepas sesi bergambar setelah mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada Rabu. Najib mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat genap empat tahun beliau memegang jawatan sebagai perdana menteri pada Rabu
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama (dari kiri) Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi selepas sesi bergambar setelah mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada Rabu. Najib mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat genap empat tahun beliau memegang jawatan sebagai perdana menteri pada Rabu

Pada sidang media khas itu juga Perdana Menteri meminta semua ketua kerajaan negeri mendapatkan perkenan daripada ketua negeri masing-masing bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri.

“Saya menasihatkan kepada ketua-ketua kerajaan negeri yang berkenaan untuk menghadap ketua-ketua negeri mereka bagi mendapatkan perkenan pembubaran DUN masing-masing agar pilihan raya umum dapat diselaraskan secara serentak seluruh negara,” katanya.

Sementara itu Najib turut menasihatkan semua parti politik yang akan bertanding pada PRU akan datang supaya mengamalkan prinsip demokrasi demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan nasional.

“Semua parti politik yang memilih untuk terlibat di dalam proses pilihan raya kali ini perlulah bertanggungjawab. Janganlah kerana tidak yakin dengan sokongan rakyat terhadap parti masing-masing maka ada pihak yang cuba menyemai racun syak wasangka dan seterusnya merosakkan kepercayaan kepada integriti proses pilihan raya yang bakal diadakan.

“Insaflah dan ambillah iktibar dari apa yang telah berlaku di negara-negara lain di mana taktik ini telah cuba diguna pakai. Kesan akhirnya proses dan keputusan pilihan raya di negara-negara tersebut tidak lagi diyakini dan mana-mana kerajaan yang dipilih termasuk dari parti yang mengamalkan taktik tersebut telah ditolak rakyat. Negara akhirnya menjadi tidak stabil, pelabur hilang keyakinan, kemakmuran nasional merudum dan akhirnya rakyat menderita,” katanya.

UTAMAPILIHAN RAYAParlimen Dibubar Hari Ini #PRU13

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium