Parlimen Malaysia wajar contohi cara parlimen UK bersidang

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Benarkah UMNO bentuk jajaran baharu?

1. Sejak beberapa hari ini tular pelbagai poster yang...

Kerajaan PN: Kaji, siasat dan rangka…

20 Jan 2021: Kerajaan PN akan kaji kenaikan harga...

INW: Indonesia pasar menggoda sindikat narkoba internasional

masih lemahnya sistem pengamanan yang sudah ada Jakarta (ANTARA) -...

凯里:采访奥运媒体即日起接种疫苗

(布城14日马新社讯)全国新冠疫苗接种计划(PICK)协调部长凯里说,即将前往东京采访奥运会的媒体人员从今日起施打新冠疫苗。

Parlimen di Malaysia jika mencatat kedatangan penuh keseluruhan Ahli Parlimennya boleh menjangkau sehingga 222 orang. Jumlah ini boleh disesuaikan penjarakan sosialnya sehingga 1.5 meter, sama seperti SOP di masjid dan di surau-surau.

Jika di UK, Parlimen mereka tetap berjalan seperti biasa walaupun dibuat secara hibrid iaitu hanya 50 orang dalam dewan dan selebihnya bersidang secara maya dan pengundian juga dilakukan secara dalam talian.

Jumlah Ahli Parlimen UK pula jauh lebih besar iaitu hampir tiga kali ganda jumlah Ahli-ahli Parlimen Malaysia iaitu seramai 650 orang namun ia tidak menjadi alasan untuk demokrasi ‘dimandulkan’.

Bermula Jun 2021 kerajaan mereka memutuskan untuk kembali mengundi secara fizikal di Dewan Parlimennya yang digelar sebagai House of Common, walaupun terdapat rungutan dalam kalangan Ahli Parlimennya yang terpaksa beratur panjang.

Negara mereka juga tidak dipimpin oleh pemimpin Islam tetapi amalan demokrasinya jauh lebih baik berbanding Malaysia yang diterajui dan dipimpin oleh majoriti Melayu Islam yang sepatutnya menjadi contoh dan teladan bagi yang lain.

Ini jelas menunjukkan segala-galanya boleh sahaja dibuat jika ada kemahuan, sebaliknya jika tidak mahu, tentu ada sahaja alasan. Antaranya Parlimen hanya akan bersidang jika negara mencapai imuniti kelompok yang tentu masih lama untuk dicapai kerana  kadar vaksinasi di negara ini masih perlahan.

Selain itu timbul juga persoalan, jika seluruh 222 Ahli Parlimen di negara ini telahpun menerima dua dos vaksin, bukankah Parlimen bakal menjadi tempat pertama dipenuhi oleh mereka yang telahpun divaksin?

Ini boleh menjadi galakan dan promosi yang baik buat rakyat yang masih skeptikal atau ragu-ragu dengan pengambilan vaksin. Jika Parlimen dibenarkan bersidang, keyakinan rakyat akan terbina dengan sendirinya dan imunisasi kelompok mampu dicapai dengan mudah.

Sebaliknya jika Parlimen masih tidak dibenarkan bersidang, ia malah menghilangkan keyakinan rakyat. Akan timbul persoalan iaitu kenapa kerajaan sendiri tidak yakin dengan Ahli Parlimennya yang telahpun selesai divaksin sepenuhnya?

Buka sahaja Parlimen, Lim Guan Eng juga sudah memberi jaminan tidak akan mengemukakan usul tidak percaya dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri sudah meminta PKR bersedia dengan sebarang kerjasama politik bersama Perikatan Nasional, maka tiada apa yang perlu ditakutkan lagi.

Kerajaan perlu bersikap gentlemen dan berdepan dengan wakil rakyat dan cara paling mudah, contohi sahaja bagaimana Parlimen UK bersidang. Malah rata-rata Ahli Parlimen mereka juga sudah tua dengan purata umur 51 tahun.

Perincian umur Ahli-ahli Parlimen UK yang berjumlah 650 orang itu adalah seperti berikut;

1. 3 peratus daripada 650 Ahli Parlimen UK berumur antara 70 hingga 79 tahun

2. 16 peratus daripada 650 Ahli Parlimen UK berumur antara 60 hingga 69 tahun

3. 30 peratus daripada 650 Ahli Parlimen UK berumur antara 50 hingga 59 tahun

4. 28 peratus daripada 650 Ahli Parlimen UK berumur antara 40 hingga 49 tahun

5. 17 peratus daripada 650 Ahli Parlimen UK berumur antara 30 hingga 39 tahun

6. 3 peratus daripada 650 Ahli Parlimen UK berumur antara 18 hingga 29 tahun

7. 3 peratus daripada 650 Ahli Parlimen UK pula dikategorikan sebagai “tidak diketahui” mungkin kerana mereka terlalu tua

Rujuk pautan;

https://commonslibrary.parliament.uk/house-of-commons-trends-the-age-of-mps/

Melalui data tersebut, dapat disimpulkan bahawa golongan berumur 50 tahun ke atas sehingga melebihi 80 tahun adalah seramai 338 orang yang membentuk 52 peratus daripada jumlah keseluruhan. Jumlah ini sahaja sudah melebihi seluruh Ahli Parlimen Malaysia.

Manakala selebihnya iaitu seramai 312 orang adalah berumur di bawah 50 tahun atau 48 peratus daripada jumlah keseluruhan Ahli Parlimen UK.

Jika cara menangani Covid-19 boleh dipelajari daripada negara mundur seperti Uganda, cara Parlimen bersidang pula mungkin kerajaan boleh belajar daripada negara maju seperti UK. Tentu mereka juga menggunakan data dan sains seperti kita.

Hakikatnya, kerajaan boleh sahaja belajar daripada mana-mana negara di dunia jika benar-benar ingin membuka Parlimen. Tidak kira sama ada negara itu dikategorikan sebagai negara maju atau negara sedang membangun hatta mundur sekalipun.

Ini kerana tiada satupun kerajaan di dunia yang menutup Parlimen mereka ketika darurat, sama seperti tiada mana-mana negara di dunia yang memansuhkan cukai GST yang telus dan digantikan dengan cukai SST yang kurang telus. Hanya satu-satunya di Malaysia.

Tetapi jika niat memang tidak mahu buka Parlimen, tentulah banyak dalih dan dalilnya.

BACA juga:

Leave a Reply