Statistik Corona

Malaysia
2,097,830
Confirmed
Updated on September 20, 2021 06:57 6:57 am
Malaysia
1,863,919
Recovered
Updated on September 20, 2021 06:57 6:57 am
Malaysia
210,468
Active
Updated on September 20, 2021 06:57 6:57 am
Malaysia
23,443
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,190,763
Confirmed
Updated on September 20, 2021 06:57 6:57 am
Indonesia
3,989,326
Recovered
Updated on September 20, 2021 06:57 6:57 am
Indonesia
140,468
Deaths
Updated on September 20, 2021 06:57 6:57 am

Thailand

Thailand
1,489,186
Confirmed
Updated on September 20, 2021 06:57 6:57 am
Thailand
1,341,144
Recovered
Updated on September 20, 2021 06:57 6:57 am
Thailand
15,469
Deaths
Updated on September 20, 2021 06:57 6:57 am

Global

All countries
229,296,423
Confirmed
Updated on September 20, 2021 06:57 6:57 am
All countries
204,212,809
Recovered
Updated on September 20, 2021 06:57 6:57 am
All countries
4,705,552
Deaths
Updated on September 20, 2021 06:57 6:57 am

Parlimen tergantung mungkin tidak berlaku – Penganalisis

KUALA LUMPUR — Situasi Parlimen tergantung berkemungkinan tidak berlaku dalam kemelut politik negara yang menyaksikan pemilihan calon perdana menteri kesembilan.

Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Dr Kartini Aboo Talib berkata ini kerana jika berlaku sebarang konflik dalam badan eksekutif, ia akan kembali kepada Demokrasi Raja Berperlembagaan dengan merujuk Perlembagaan Malaysia untuk menyelesaikan kemelut.

“Proses yang berlaku sekarang bukan semudah yang dijangka. Pengutipan kepada akuan bersumpah dan melihat kepada pengukuran kepercayaan di Dewan Rakyat atas wakil yang paling dipercayai untuk mengemudi kerajaan agar ia lebih stabil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Malaysia Petang Ini bertajuk ‘Calon PM: Nilai Undi Ahli Parlimen’ terbitan Bernama TV hari ini.

Semalam, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun menerusi notis bertarikh 17 Ogos meminta 220 Ahli Dewan Rakyat menyerahkan satu surat akuan bersumpah bagi menamakan seorang calon perdana menteri.

Notis itu bagi membolehkan seorang daripada mereka yang mempunyai kepercayaan majoriti dilantik sebagai perdana menteri susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Ahli Parlimen Pagoh, Isnin lepas.

Menyentuh Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu pada Jumaat ini, Kartini berkata Majlis Raja-Raja mungkin boleh menggunakan ‘Titah Diraja’ yang sedia ada bagi memikirkan sama ada perlu mengenakan penalti terhadap mereka yang kembali mengganggu-gugat kestabilan Parlimen dan kabinet.

“Mungkin ada mungkin tidak, kita kena semak Perlembagaan sejauh mana Raja Berperlembagaan mempunyai kuasa untuk mengeluarkan ‘Titah Diraja’ yang menasihati jika ada pertelingkahan, mungkin Ahli Dewan Rakyat boleh digantung,” katanya.

Beliau berkata ia bukan untuk menghukum ahli politik atau wakil rakyat malah lebih kepada mendisiplinkan mereka.

Kartini juga berharap persefahaman rentas parti akan dilaksanakan oleh kerajaan berikutnya supaya Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti dapat dibentangkan di Parlimen.

— BERNAMA

Berkaitan