[BAHAGIAN 1] PERANAN OSF MILIK SOROS: PILIHAN RAYA BERSIH DAN ADIL TIDAK MEMADAI - pakdin.my

Semalam, Tony Pua berkata beliau menyedari dari mana BERSIH mendapat pembiayaan (dari NDI dan OSF milik George Soros) tetapi beliau berkata tiada salah menerima dana asing.

Jadi, saya kembali untuk melihat dokumen dalaman OSF Soros yang didedahkan oleh DC Leaks dan WikiLeaks.

20161125-osf-soros-bersih-1

Terdapat banyak pangakuan yang menarik dalam dokumen tersebut. Di antaranya ialah:

1) OSF mengaku terlibat dalam banyak “revolusi berwarna” di seluruh dunia yang OSF sendiri mengakui telah bertukar menjadi ganas dan menyebabkan banyak kematian – termasuk yang paling baru-baru ini, 2 tahun yang lalu pada tahun 2014 di Ukraine.

2) Dalam memo dalaman ditulis oleh tiga penasihat OSF – Morton Halperin, Jerry Fowler, Jonas Rolett OSF mengatakan bahawa pilihan raya yang bebas dan adil sahaja tidak memadai bagi “demokrasi sebenar”.

3) Dokumen OSF mengesyorkan penggunaan yang lebih meluas perhubungan awam media (yang bermaksud propaganda), melobi kerajaan barat untuk memberi tekanan kepada negara sasaran dan pelbagai langkah-langkah lain.

4) Dokumen OSF juga mengakui bahawa Malaysia adalah sasaran utama OSF dan bertindak sebagai “rangka kerja negeri” bagi OSF. Mereka mengatakan bahawa Soros mempunyai kepentingan peribadi di Malaysia.

20161125-osf-soros-bersih-3

5) OSF adalah pemacu Program di Malaysia dan bukan sekadar sebagai pembiaya malah telah memulakan dan memperhebatkan langkah-langkah tertentu. OSF mendakwa memainkan peranan penting dalam “membawa beratus-ratus ribu rakyat Malaysia keluar untuk berhimpun”.

6) Dokumen OSF juga menunjukkan bahawa mereka mengakui membiayai dan mengawal International Renaissance Front (IRF) yang berpangkalan di Kiev, ibu negara Ukraine, yang diiktiraf sebagai penggerak utama untuk resolusi berdarah Ukraine tahun 2014.

20161125-osf-soros-bersih-2

Revolusi 2014 membawa kepada kematian dan kehilangan beratus-ratus orang dalam perhimpunan yang membawa kepada perang saudara dan perpecahan Ukraine – yang telah mengorbankan 8,000 orang dan masih berterusan. Ukraine ini juga telah membawa kepada penembakan MH17 kita.

Dalam dokumen yang sama, ia menyatakan bahawa di Malaysia, Pengerusi jawatankuasa penasihat OSF adalah pengasas MalaysiaKini (dimana OSF secara tidak langsung menguasai 29% portal berita atas talian tersebut).

Nama projek Ukraine dipanggil “The New Ukraine” sedangkan nama projek untuk Malaysia adalah “Malaysia Program”.

Ukraine 2014 adalah contoh apa yang Soros lakukan sebagai pembuka mata seperti yang dilakukan baru-baru ini.

Dalam pada itu, saya menggesa pihak berkuasa tempatan untuk mengkaji dokumen-dokumen dari DC Leaks dan Wikileaks secara teliti.

Atau mungkin mereka sudah melakukannya, itulah sebabnya mereka menahan Maria Chin di bawah SOSMA.


Rujukan:
https://docs.google.com/viewerng/viewer?url=http://soros.dcleaks.com/fview/SOUK/elections-shared-framework/osf-elections-related-activities-memo-april-2013.pdf

IInternational Renaissance Front involvement in Ukraine.
http://www.mintpressnews.com/leaked-george-soros-puppet-master-behind-ukrainian-regime/206574/

https://pakdin.my/wikileaks-dc-leaks-bersih-malasia-maria-chin-sosma-dan-pengalaman-ukraine/

Artikel asal:
https://www.facebook.com/lim.siansee

UTAMAPOLITIK PERANAN OSF MILIK SOROS: PILIHAN RAYA BERSIH DAN ADIL TIDAK MEMADAI

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium