25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 24, 2020

PARTI AMANAH NEGARA IBARAT PENYAPU DAP

Kesungguhan Parti Amanah Negara mempertahankan DAP sejak kebelakangan ini membuatkannya kelihatan ibarat `penyapu’ kepada parti anti-Islam itu.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara, Khalid Samad sendiri menjadi wira dan benteng DAP, termasuk menentang agenda memperkasakan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU355).

“Apabila orang seperti Khalid `meroyan’ dengan kehadiran pimpinan PAS pada majlis penjelasan Islam anjuran UMNO, ia menunjukkan PAN (Parti Amanah Negara) bimbang dengan peningkatan imej PAS pada mata rakyat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Khairuddin yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, mengulas kenyataan Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam bahawa PAS hanya membantu memulihkan tanggapan negatif terhadap UMNO/Barisan Nasional (BN) dengan menyertai program bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, anjuran UMNO di luar negara.

Khalid menyifatkan langkah PAS itu sebagai pendekatan yang `tidak sesuai’ kerana kehadiran beberapa pemimpin PAS antaranya Mohd Khairuddin dan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dr Izani Husin, bersama Jamil Khir pada sebuah majlis anjuran Kelab UMNO di London menjadi perhatian, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi.

Antara program dianjurkan ialah penjelasan RUU 355 iaitu inisiatif PAS yang disokong oleh Kerajaan Persekutuan. ]

Mohd Khairuddin berkata, kehadiran pemimpin PAS dalam program penjelasan RUU 355 itu adalah antara siri penerangan bagi menjelaskan PAS konsisten memperjuangkan Islam. “Jika UMNO bersedia membantu PAS dalam usaha RUU 355 menunjukkan UMNO semakin menerima kepentingan bersama memperkasakan Islam. Itulah kejayaan dakwah PAS. “PAS akan terus membina imej sebagai pejuang agama di mata ahli UMNO,” katanya.

20150325-dr-khairuddin-aman-razali

Berita Berkaitan

42 ahli Parlimen DAP sokong Anwar PM sekiranya cukup bilangan bentuk kerajaan, kata Guan Eng

DAP hari ini mengesahkan 42 ahli Parlimennya akan memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim, sekiranya...

UMNO tidak halang wakil rakyat sokong Anwar

UMNO tidak dapat menghalang mana-mana ahli parlimennya yang ingin menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR). Presidennya,...

‘Saya dapat sokongan hampir dua pertiga Ahli Parlimen’ – Anwar

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin mempunyai majoriti hampir dua pertiga Ahli Parlimen...

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

700 Bekas Ahli Parti PAN Sertai UMNO

LABUAN – Seramai 700 bekas ahli Parti Amanah Negara (PAN) Labuan menyertai UMNO Labuan...

Rakyat Dah Tak Percaya Mahathir, Populariti Merudum Teruk – Husam Musa

Bekas Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Husam Musa berkata, populariti Tun Dr...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan