Parti pemerintah galakkan cetak rompak: PAT PPBM beri beg tiruan jenama Herschel - pakdin.my

Pihak Herschel Supply Co. semalam mengeluarkan satu kenyataan melalui email memaklumkan model beg-beg yang diedarkan di Himpunan Bersatu adalah beg tiruan.

Kenyataan yang merupakan jawapan balas dari pertanyaan seseorang itu berkata mereka tidak dapat mengecam reka bentuk beg yang dipaparkan.

Herschel menegaskan bahawa reka bentuk beg yang diterima oleh perwakilan Bersatu tempoh hari tidak pernah dikeluarkan oleh pihak mereka sama sekali.

Jika email bertarikh 29 Disember 2018 itu sahih, ia sekaligus mendedahkan Bersatu yang kini telah menjadi rejim pemerintah pada hari ini melakukan kesalahan membeli dan mengedarakan barang tiruan.

Seksyen 8(2)(b) Akta Perihal Dagangan 2011 menyatakan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barangan atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun.

Harap pihak berkuasa dapat menyiasat perkara ini dan menghukum pesalah-pesalah yang terlibat. Janganlah oleh sebab kesalahan ini dilakukan oleh parti dalam rejim kerajaan Pakatan Harapan maka pihak berkuasa menutup mata.


UTAMAPOLITIKParti pemerintah galakkan cetak rompak: PAT PPBM beri beg tiruan jenama Herschel

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium