‘PARTI POLITIK BARU’ PEMBAWA VIRUS YANG SANGAT MERBAHAYA – SULTAN JOHOR - pakdin.my

20161104-parti-baru-virus-perpecahan

Siapakah yang dimaksudkan oleh Sultan Johor ini?.Baginda tidak sebut nama sesiapa atau parti mana.Rasanya mereka yang faham situasi politik semasa negara boleh buat andaian sendiri.

Baginda menyifatkan pihak berkenaan yang disebutnya sebagai ‘parti politik baru’ adalah pembawa sejenis virus yang amat merbahaya.

Sultan Johor menyentuh hal berkenaan semasa bertitah kepada lebih kurang 3,000 para hadirin Himpunan Bangsa Johor yang dianjurkan oleh Gabungan NGO Melayu Negeri Johor di Stadium Tertutup Pasir Gudang Khamis.

Hadir sama Tunku Mahkota Johor.

Menurut baginda pembawa virus ini akan menghentam kerajaan setiap hari dan menghasut rakyat supaya membenci pemimpin tetapi kebaikan yang dibuat kerajaan semuanya mereka buat tak nampak.

Titah baginda,” Saudara saudari sekalian, ingin saya ingatkan mengenai satu penyakit yang sedang datang ke Johor akibat sejenis virus yang amat merbahaya.

“Virus ini lebih teruk daripada zika kerana tiada penawarnya. Jika penyakit jantung, boleh mati serta merta. Virus ini akan membuat pesakitnya sengsara sepanjang hayat.

“Virus yang saya maksudkan adalah virus perpecahan. Virus ini datang daripada parti politik baru dan ahli-ahlinya menjadi penyebarnya.

“Virus ini sangat merbahaya kerana ianya sukar diubati. Apabila masyarakat telah dijangkati virus ini, maka musnahlah kehidupan rakyat dan kemakmuraan negara.

“Oleh itu saya berharap rakyat menjauhkan diri daripada virus ini. Gunakan akal fikiran dan jangan sampai menyesal kemudian hari.

“Pembawa virus ini akan menghentam kerajaan setiap hari dan menghasut rakyat supaya membenci pemimpin. Tetapi kebaikan yang dibuat kerajaan semuanya mereka buat tak nampak.

“Apabila agenda atau hasrat mereka tidak tercapai, mereka akan biarkan masyarakat hidup dalam keadaan yang menderita. Saya bercakap sebagai orang tua atau seorang bapa yang cintakan perpaduan dan mahu rakyat saya hidup dengan aman dan damai.

“Saya tidak mahu melihat rakyat saya berpecah. Saya benci kepada individu yang mempunyai agenda tersendiri, menghasut rakyat untuk bergaduh sesama-sendiri. Apabila perpecahan berlaku, kehidupan rakyat akan menjadi susah. Dan pada waktu itu, janganlah toleh kepada saya.’

UTAMAPOLITIK‘PARTI POLITIK BARU’ PEMBAWA VIRUS YANG SANGAT MERBAHAYA - SULTAN...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium