Pas akan mohon ketepikan penghakiman ingkar - pakdin.my

Pas akan memfailkan permohonan untuk mengetepikan penghakiman ingkar yang dikenakan terhadap parti pembangkang itu ekoran kegagalan memasukkan kehadiran peguam yang mewakili mereka dalam satu kes saman oleh Majlis Perbandaran Kemaman (MPK).

MPK memfailkan saman itu untuk menuntut ganti rugi RM5 juta berhubung tindakan Pas mengedar risalah yang didakwa berunsur fitnah dan palsu mengenai Zoo Bukit Takal, Terengganu dalam satu majlis jamuan Hari Raya, tahun lalu.

Peguam Najmi Dawami Abdul Hamid yang mewakili Pas memaklumkan perkembangan kes itu kepada pemberita selepas menghadiri prosiding taksiran ganti rugi di kamar Hakim Rosilah Yop, hari ini.

Menurut Najmi, mahkamah menetapkan pengurusan kes pada 20 Jun untuk Pas menyerahkan permohonan itu kepada MPK yang diwakili peguam, Azwan Abdul Wahab.

Pada 20 Mei lalu, Pas dikenakan perintah penghakiman ingkar ekoran kegagalan parti pembangkang itu memasukkan kehadiran peguam mewakili mereka. –

Zoo Bukit Takal

UTAMABERITAPas akan mohon ketepikan penghakiman ingkar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium