25.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 3, 2020

PAS Akan Tetap Laksanakan Hukum Hudud

Kerajan negeri Kelantan akan tetap melaksanakan hukum hudud walaupun, Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menegaskan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan melaksanakan polisi berkenaan.

Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pernah menyatakan bahawa mereka menyokong usaha kerajaan negeri Kelantan namun beliau menegaskan bahawa ia bukan sebahagian daripada polisi Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, pimpinan PAS Kelatan tidak peduli dengan pendirian Anwar.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata kerajaan negeri mempunyai hak untuk melaksanakan hukum hudud kerana telah diluluskan sebagai Enakmen Jenayah Syariah Negeri pada 1993 oleh Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Ya memang benar hudud bukan sebahagian daripada polisi Pakatan Rakyat tapi Kelantan telah meluluskan enakmen ini sebelum kewujudan pakatan lagi,” katanya.

Beliau berkata pendirian Anwar mengenai hudud tidak akan mengubah keputusan kerajaan negeri untuk melaksanakan hudud.

“Kami telah menubuhkan sebuah jawatankuasa teknikal untuk membuat penilaian sekiranya kami boleh melaksanakan hukum hudud.

“Kami sedang dalam proses untuk menghantar surat pelantikan kepada 19 ahli jawatankuasa yang telah dipilih dan jawatankuasa ini akan mengadakan bersidang tidak lama lagi,” katanya.


Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menegaskan bahawa kerajaan negeri akan melaksanakan hukum hudud walaupun mendapat tentangan yang hebat daripada sekutu mereka, DAP.

Sementara itu, Anwar berkata sebarang keputusan mengenai pelaksanaan hukum hudud perlu mendapat persetujuan secara konsensus daripada parti komponen Pakatan Rakyat.

“Sebarang keputusan mengenai apa-apa isu yang melibatkan tiga parti komponen Pakatan Rakyat perlu selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Jika ada pihak tanya apa pendirian saya mengenai hudud, saya akan kata PKR dan Pakatan Rakyat menyokong apa yang terkandung dalam Perlembagaan,” katanya kepada sebuah portal berita pada Selasa.

Anwar berkata sebagai seorang Muslim beliau menerima hukum hudud kerana ia tercatat dalam al-Quran namun undang-undang berkenaan tidak akan dijadikan sebahagian daripada dasar pakatan pembangkang.

Tambahnya, beliau akan menyampaikan mesej berkenaan kepada Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS.

Dalam pada itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata PAS mempunyai hak untuk menyokong apa yang mereka percaya.

“Kita tidak ada masalah mengenainya. Mereka boleh mempromosikan idelogi mereka kerana kita mengamalkan hak bersuara kepada setiap orang,” katanya.

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

PETRONAS rugi RM3.4 bilion suku ketiga 2020

Kerana dijarah dan di perah semenjak rejim PH sehingga era Tok Abah Kau, Petronas...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...