28.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 29, 2020

Pas Cuba Leraikan Kekusutan Pertembungan 2 Kumpulan Dalam Pemilihan Parti

majlis ulama pas

 

Di saat banyak mata yang sedang memberikan tumpuan terhadap pemilihan kepimpinan Pas pada Muktamar Tahunan ke-59parti itu yang akan diadakan pada 22 November ini, portal pembangkang Malaysiakini semalam menyiarkan satu rencana yang bertajuk Permata ‘kepimpinan ulama’ dalam perjuangan PAS’.

Rencana yang ditulis oleh Penolong Setiausaha Agung Pas itu, dilihat sebagai usaha untuk menepis dakwaan berhubung wujudnya pertembungan antara kumpulan ‘Ulama’ dan ‘Liberal’ parti itu. Selain Liberal, kumpulan tersebut turut dilabelkan dengan gelaran Endorgan dan Anwarinas kerana gaya dan pendekatan yang digunakan.


Pelbagai hujah digunakan bagi meyakinkan pembaca, kononnya di dalam Pas hanya ada satu kumpulan sahaja dan langsung tidak wujud sebarang perpecahan yang melibatkan kepimpinan tertinggi parti.

Sedangkan isu yang dibangkitkan itu bukanlah merupakan isu baru, ia telah lama didendangkan oleh pemimpin parti itu sendiri. Sebagai contoh kenyataan Mursyidul Am, Nik Abdul Aziz sebelum ini yang meminta agar para perwakilan memilih ulama sebagai Timbalan Presiden parti.

Ia sudah cukup membuktikan bahawa pemilihan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden dalam pemilihan yang lalu bukan dari kumpulan ulama. Malah kemenangannya juga dikatakan tidak disenangi oleh segelintir pihak. Ditambah dengan tindakannya yang ‘mesra’ dengan DAP juga dirasakan sebagai punca semakin ramai yang mula meninggalkan parti yang sering menggunakan Islam sebagai modal untuk menarik sokongan itu.

Paling menarik, apabila penulis rencana tersebut dilihat begitu bersungguh-sungguh untuk menafikan perkara yang telah diketahui umum sebagai pertembungan antara dua kumpulan itu. Tidak cukup dengan itu, dia juga turut melampirkan sejarah parti yang kononnya disifatkan sebagai ‘kebijaksanaan’ pemimpin dalam membuat keputusan bagi menempuh cabaran politik baru.

Dia turut mengatakan bahawa Pas bukanlah sebuah parti politik murahan yang boleh diperkudakan oleh mana-mana pihak. Sedangkan pada hakikatnya, sejak parti itu menggunakan pendekatan ‘tahluf siyasi’ dengan DAP dan PKR, hala tuju dan perjuangan yang selama ini dikendong sudah semakin dicicirkan.

Kepada yang masih ingat, Pas sebelum ini begitu hebat mempromosikan negara Islam, namun apabila kepimpinan parti itu membuat keputusan untuk menerima parti ultra kiasu sebagai rakan sekutu, slogan negara Islam terpaksa digugurkan dan digantikan dengan ‘Negara Berkebajikan’.


Itu belum lagi dikira dengan isu ‘hudud’ yang seakan-akan telah lenyap dari perjuangan Pas ketika ini. Bahkan ketika ditanya mengenainya, bekas menteri besar Perak dari Pas suatu ketika dahulu dan tanpa segan silu mengatakan ‘hudud’ tiada dalam perlembagaan parti.

Seterusnya penulis rencana itu mengatakan “PAS mempunyai organisasinya yang tersendiri dan setiap kepimpinan perlu patuh kepada disiplin dan adab-adab parti. Tidak timbul soal ‘kumpulan ulama’ dan ‘kumpulan profesional’. Jangan ada lagi keraguan ‘ulama diprofesionalkan dan profesional diulamakan’ dalam saf kepimpinan Pas”.

Sekiranya betul mereka patuh kepada disiplin dan adap parti, mengapa pula penyandang jawatan Timbalan Presiden tampil meluahkan rasa kurang senangnya dalam pemilihan yang diadakan ini?

Dia yang terkenal dengan panggilan Mat Sabu semalam, meluahkan rasa kesal kerana menurutnya sepanjang 35 tahun berada dalam parti itu sejak dari tahun 1978, inilah kempen paling teruk pernah dilihtanya

”Untuk menjatuhkan seseorang pemimpin Pas, pelbagai label diberikan. Paling popular ialah Syiah dan yang kedua liberal,” kata Mat Sabu.


Ketika Mat Sabu keluh kesah dengan apa yang beliau anggap perubahan minda ahli Pas terhadap muktamar dan kepimpinan parti, tersebar pula gambar wajah salah seorang calon Ketua Pemuda Pas digantikan dengan kepala anjing.

Gambar itu dipaparkan dalam laman Facebook ‘Fikrah Islamiah Pilihan Kami’. Walaupun Pas pusat masih belum mengenal pasti siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan biadab itu tetapi ia sebenarnya memberi isyarat kepada kepimpinan dan ahli Pas bahawa politik tetap politik.

Persoalannya dimanakah disiplin dan adap yang dikatakan? Apakah ini bentuk pendekatan ‘ulama diprofesionalkan’? Hanya sekadar untuk renungan.

Berita Berkaitan

Gila rebut jawatan, populariti Bersatu, UMNO semakin merudum

Populariti Bersatu dan UMNO dilihat semakin merudum kerana di dakwa terlalu sibuk mengejar jawatan...

Bincang calon TPM, MKT UMNO dijangka kembali mesyuarat malam ini

Umno dijangka akan bermesyuarat malam ini bagi membincangkan calon Timbalan Perdana Menteri dan syarat-syarat...

Kenyataan media keputusan mesyuarat MKT UMNO

Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada hari ini, 26 Oktober 2020 (Isnin) telah...

Ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini

Ahli-ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan darurat...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,361PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan