PAS, DAP tak pernah soal Anwar kenapa hanya Wan Azizah - pakdin.my

Anwar tak hadir muktamar

Jika sebelum ini hanya cakap-cakap, hari ini Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat mengesahkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghadap Sultan Selangor berhubung kemelut perebutan jawatan menteri besar.

Menurut beliau, Hadi dititah menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Syawal ke empat.

Selepas pertemuan ini, Hadi membuat keputusan bahawa satu nama alternatif perlu dikemukakan bagi menghadapi sebarang kemungkinan melibatkan istana dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

“Atas pertimbangan-pertimbangan tersebut, PAS mengambil jalan tengah dengan menamakan Azmin Ali (selepas Wan Azizah) sebagai alternatif.

“PAS boleh sahaja mengemukakan nama dari ahli partinya sendiri sebagai alternatif kepada Wan Azizah. Namun atas semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat, keputusan itu tidak mungkin dibuat oleh PAS,” ujar Suhaizan dalam kenyataannya, Selasa.

Beliau juga berpandangan bahawa PAS bukanlah membuat pusingan U khususnya apabila ada yang memetik kenyataan dikeluarkan oleh presiden serta Majlis Syura Ulama sebelum ini yang ternyata tidak sejajar keputusan mesyuarat AJK Pusat PAS pada 17 Ogos menyokong nama Wan Azizah dan Azmin.
“Bagi saya, PAS mengambil jalan alternatif setelah jalan yang asalnya sudah rosak.

Jalan asal adalah menerima Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar. Asasnya adalah kemampuan beliau dalam mentadbir Selangor. Berita tentang kelemahan politik Khalid pada pandangan PAS masih bersifat dalaman parti dan ia boleh diperbaiki oleh partinya sendiri,” ujar beliau.

Namun, katanya jalan yang dilalui PAS tidak seperti difikirkan pada awalnya apabila Khalid dipecat keahlian oleh PKR sekaligus sokongan parti itu terhadap Khalid berakhir kerana PAS mengutamakan ahalluf siyasi dengan PKR dan DAP, bukan dengan batang tubuh Khalid.

Persoalan besar selepas pengakuan Suhaizan ini adalah mengenai sikap ‘buta’ PAS dan DAP terhadap ketamakkan sekutu mereka, PKR yang masih berkeras hanya mahu Wan Azizah sebagai calon tunggal menggantikan Khalid.

Pemimpin PAS dan DAP hanya jadi pak turuk atau pak angguk sahaja dengan bersetuju PKR menamakan Wan Azizan dan mengenepikan Azmin yang dicalonkan PAS.

Padahal sejak awal-awal lagi tentu Hadi sudah memaklumkan ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim berjumpanya beberapa hari sebelum mesyuarat PAS Pusat hasil pertemuannya dengan Sultan Selangor.

Bagaimanapun, PKR khususnya Anwar tidak sanggup mengenepikan Wan Azizah dan memberi laluan kepada Azmin.

Jelas teserlah bahawa Anwar hanya mahu Wan Azizah sebagai menteri besar dan tidak memperdulikan kemelut di Selangor itu yang berterusan sehingga merugikan rakyat dan ekonomi di negeri itu.

PAS dan DAP pula hanya membiarkan gelagat Anwar dan PKR dengan memejam mata sahaja tanpa ada berani mempersoalkan adakah hanya Wan Azizah seorang sahaja layak sebagai menteri besar.-

UTAMAPOLITIKPAS, DAP tak pernah soal Anwar kenapa hanya Wan Azizah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium