PAS Enggan Terima Memo Bekas Polis Dan Tentera - pakdin.my

Sekitar 100 orang ahli persatuan bekas polis,tentera dan beberapa NGO gagal menghantar memorandum bantahan kepada Ibupejabat PAS Khamis untuk membantah kenyataan Mohamad Sabu mengenai Bukit Kepong.

Mereka berkumpul di depan bangunan ibupejabat parti itu di Jalan Raja Laut Kuala Lumpur tidak lama sebelum Mat Sabu mengadakan sidang akhbar di situ.

Kakitangan di pejabat itu enggan terima memorandum berkenaan atas alasan tidak mendapat arahan dari pihak atasan.

Mereka kecewa dengan sikap PAS itu.

Beberapa orang anggota polis berkawal di situ dan kemudian meminta mereka bersurai.

Mereka menyanyi lagu patriotic Inilah Barisan Kita sebelum bersurai. AGENDADAILY

UTAMABERITAPAS Enggan Terima Memo Bekas Polis Dan Tentera

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium