31.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 26, 2020

PAS Gesa Kerajaan Selangor Hapus Kuasa Eksekutif Majlis Agama Islam Selangor

MAIS-bangunan

PAS menggesa Kerajaan Selangor menghapuskan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang selama ini berperanan menjaga hal ehwal Islam di negeri itu.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mencadangkan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat supaya melakukan pindaan terhadap enakmen yang memberi kuasa eksekutif kepada Mais.

“Kami Ahli Parlimen PAS harapkan kerajaan Selangor kaji balik persoalan peranan dan kuasa yang ada pada Mais dan kembali kepada dasar kerajaan atau raja berpelembagaan,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, Selasa.

Tambah Khalid, kuasa eksekutif yang diberikan kepada Mais sebagai badan yang berperanan sebagai penasihat hal ehwal Islam dan adat Melayu boleh mencemarkan institusi raja di Selangor.

“Harap tidak beri kuasa eksekutif kepada institusi raja kerana ia mungkin boleh cemarkan institusi itu sendiri.

“Kaji semula fungsi eksekutif supaya Mais tidak akan celarukan pentadbiran Selangor atau rosakkan imej kesultanan Selangor,” katanya.

Mais ditubuhkan di bawah Seksyen 5, Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam 1952 bertujuan menasihatkan Sultan Selangor dalam hal ehwal Islam dan adat Melayu.


Gesaan mengkaji semula bagi menarik balik kuasa Mais dilihat sebagai tekanan kepada badan itu berikutan keengganannya memulangkan semula 300 naskhah bible dalam bahasa Malaysia yang dirampas pada Januari lalu.

Mengulas lanjut Khalid berkata, keputusan Mais itu jelas mencemarkan imej Islam dalam kalangan masyarakat.

“Ia menunjukkan seolah-olah kita tidak menghormati kitab suci agama lain. Ternyata ia tidak ada kaitan bagi penyebaran agama Kristian kepada orang Islam.

Khamis lepas, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam kenyataannya mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang berada di bawah Mais memulangkan semua bible yang dirampas kepada Persatuan Bible Malaysia (BSM).

Arahan itu dibuat berikutan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail memaklumkan tidak ada sebarang pendakwaan akan dibuat berhubung kes rampasan Bible dan kes itu ditutup.

Abdul Gani berkata, naskhah Bible yang dirampas itu adalah himpunan buku Taurat, Zabur dan Injil yang merupakan buku asas penganut agama Kristian.

Berita Berkaitan

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

UMNO kekal fokus pentingnya Gencatan Politik – Keputusan mesyuarat MKT UMNO

KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan: 1. UMNO terus kekal fokus...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...