Pas gugur cadangan usul percaya terhadap PM

Takut kepada usul undi percaya dan mungkin takut parlimen kena bubar, semua menikus. Terpaksa bersetuju sebab tengah banyak dosa.
Misi PAS berjaya.

………….
Pas menggugurkan cadangannya untuk mengemukakan usul percaya terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Parlimen berikutan keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) berhubung isu peralihan kuasa.

Menurut laporan The Star, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, cadangan tersebut tidak lagi relevan kerana keputusan PH semalam “secara efektif boleh menghentikan usaha untuk menyingkirkan PM”.

Kata beliau lagi, cadangan mengemukakan usul tersebut tidak perlu lagi kerana Perdana Menteri kini boleh memberikan tumpuan terhadap pelaksanaan dasar serta memulihkan ekonomi tanpa gangguan politik.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap keputusan Majlis Presiden PH untuk tidak memberi tekanan kepada Tun Mahathir supaya berundur dan menyerahkan jawatan PM kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sewaktu kami mencadangkan untuk mengemukakan usul percaya itu, niat kami bukan untuk mengambil alih kerajaan. Kini memandangkan Perdana Menteri yang dilantik secara demokratik diterima secara umum, kita boleh melihat ke hadapan untuk mencipta kestabilan politik,” kata beliau mengikut laporan berkenaan.

Beliau menambah, Pas akan terus menjadi “Pembangkang yang membina” dan memberikan tumpuan kepada soal semak dan imbang.

Rujukan:
Selamat bersara Peguam Negara? – Perubahan besar politik negara?
https://muafakatnasional.net/selamat-bersara-peguam-negara-perubahan-besar-politik-negara/