25.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 22, 2020

PAS had kuasa MB Kedah – Jawatankuasa Pemandu Pantau Azizan

Sepatutnya MB Kelantan, Nik Aziz juga perlukan Jawatankuasa Pemandu kerana dah uzur untuk tadbir Kelantan
Jawatankuasa Pemandu Telinga dan Mata. Telinga dan mata Nik Azz dah tak berapa baik.

SETIAUSAHA Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (tengah) ketika menjawab soalan pemberita pada sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara, semalam.

Krisis dalaman kerajaan Kedah berikutan penolakan dua EXCO terhadap pentadbiran Datuk Seri Azizan Abdul Razak memaksa PAS menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemandu yang akan bertanggungjawab memantau Menteri Besar mentadbir dan menguruskan negeri, sekali gus mengehadkan kuasanya.Walaupun kemelut itu dilihat selesai selepas dua EXCO terbabit, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh bersetuju menyertai semula barisan EXCO negeri, jawatankuasa berkenaan antara lain berfungsi memberi pandangan mengenai apa yang dirasakan perlu oleh PAS Pusat dalam tugas Azizan mengurus dan mentadbir Kedah.Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini, semalam selepas diputuskan oleh mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Alor Star, pada Sabtu lalu.

Bagaimanapun, Phahrolrazi ketika mengumumkan keputusan beliau dan Dr Ismail menyertai barisan EXCO negeri di Alor Star petang semalam, berkata jawatankuasa itu akan berfungsi sebagai kuasa pemutus tertinggi, sekali gus membolehkan sebarang percanggahan pendapat di kalangan EXCO, termasuk dengan Menteri Besar diselesaikan di peringkat jawatankuasa itu.

Namun, Mustafa ketika ditanya mengenai peranan jawatankuasa itu menjelaskan ia tidak akan mencampuri urusan pentadbiran Menteri Besar secara terus tetapi akan memberikan pandangan dalam beberapa perkara yang dirasakan perlu oleh PAS Pusat.

“Kita tidak campur pentadbiran secara ‘per se’ (secara khusus). Tidak boleh campur, tetapi kita boleh berikan pandangan mengenai perjalanan (pentadbiran) negeri itu. Kerajaan yang kita (PAS) pimpin itu atau yang kita terbabit secara langsung (bertanggungjawab) maklumkan program yang dijalankan dan kita boleh beri pandangan kita,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri dua Naib Presiden PAS, iaitu Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.
Beliau berkata, keanggotaan jawatankuasa berkenaan akan diputuskan dalam mesyuarat parti pada 12 Mac ini.

Kemelut dalam pentadbiran PAS Kedah bermula dua minggu lalu apabila Phahrolrazi, yang juga EXCO kanan bersama Dr Ismail menolak untuk dilantik semula ke jawatan itu beberapa hari sebelum majlis angkat sumpah jawatan berlangsung di Istana Anak Bukit.

Berikutan itu, pelbagai usaha memujuk mereka menerima semula pelantikan tetapi Phahrolrazi dan Dr Ismail bertindak berani apabila menetapkan syarat kepada Menteri Besar untuk dilantik semula ke jawatan itu.

Keengganan mereka menyertai barisan EXCO Azizan dikatakan ada kaitan dengan desakan daripada penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PAS atau kumpulan Anwarinas yang tidak setuju dengan pemimpin tertentu, termasuk Azizan bagi memastikan kelangsungan agenda politik mereka.

Mustafa berkata, jawatankuasa sama pernah diwujudkan selepas pilihan raya umum pada 2008 untuk memberikan pandangan berkaitan soal pengurusan, kelicinan dan pentadbiran negeri itu.

Mengenai laporan yang menyatakan Phahrolrazi ada menetapkan syarat supaya beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah, Mustafa berkata, perkara itu tidak berbangkit kerana semua keputusan dibuat dalam mesyuarat yang dipengerusikan sendiri oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Inilah hasilnya, inilah keputusan yang dibuat dan kita yakin ia boleh diselesaikan. Semua yang terbabit sebelum ini menyerahkan kepada PAS Pusat untuk membuat keputusan dan ia sudah pun diputuskan,” katanya.

Ditanya sama ada isu itu akan menjejaskan peluang PAS Kedah untuk kekal berkuasa di negeri itu, Mustafa berkata, ia sama sekali tidak berbangkit malah yakin Kedah akan kekal di bawah PAS.

Berita Berkaitan

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan pada Ogos 2020, meningkat 24.7 peratus dari segi jumlah berbanding bulan yang sama tahun lalu,...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil kadar tarif elektrik bagi tahun depan berikutan penyusutan kos pengeluaran arang batu dan dan gas...

Media Prima dijangka catat untung

KUMPULAN media bersepadu, Media Prima Berhad (Media Prima) dijangka kembali mencatat keuntungan pada tahun kewangan 2021 dan 2022, demikian mengikut CGS-CIMB Securities International Pte...

Gading gajah di rumah Tun M jadi perhatian

Tun Dr Mahathir pada Ahad lalu memuat naik foto sedang menonton siaran langsung persidangan Parlimen Digital di Facebook melalui komputer riba. Namun menjadi tanda tanya...

Terowong Dasar Laut: Lim Guan Eng bakal didakwa?

Kertas siasatan projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion kini berada di fasa akhir siasatan dan dijangka akan diserahkan kepada Pejabat...

Azmin Ali di ‘pulau’ di perasmian Rumah Generasi Ke 2 Felda di Felda Palong

Yang hadir hanyalah wartawan, polis pengiring serta beberapa orang urusetia yg mengikuti rombongan tak diundang itu..

Eksport getah asli negara meningkat

Eksport getah asli Malaysia meningkat 17.6 peratus pada Julai 2020 kepada 45,386 tan berbanding 38,587 tan pada Jun 2020, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia...

[Video] Penyamun bersenjata parang samun lapan sekeluarga

Siasatan awal mendapati terdapat enam penjenayah dengan menaiki sebuah kenderaan telah berhenti di luar rumah mangsa. 

Kes bebaskan 15 pendatang tanpa izin, enam anggota polis Hulu Selangor ditahan SPRM

“Kesemua anggota itu ditahan pada Rabu lepas bagi membantu siasatan berkaitan pembebasan 15 pendatang tanpa izin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rasuah bebaskan PATI: Hakim Mahkamah Sesyen pula ditahan SPRM

Tangkapan ini berkaitan dengan kes tangkapan sebelum ini melibatkan seorang peguam dan timbalan pendakwaraya dan beberapa anggota polis baru-baru ini.

Komen

..

#PRNSabah: Pengundian awal bermula

KOTA KINABALU: Tepat jam 8 pagi tadi, sebanyak 55 pusat pengundian dibuka bagi 16,877 pengundi awal menjalankan tanggungjawab. Daripada jumlah itu, seramai 7,487 anggota tentera...

Penghinaan terhadap pasukan keselamatan tidak dapat dimaafkan

Kenyataan berbentuk penghinaan seorang ahli politik yang mendakwa insiden pencerobohan Lahad Datu, pada 2013, sebagai sandiwara negara adalah suatu penghinaan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail...
00:02:39

[Video] #PRNSabah: WARISAN dakwa penularan Covid-19 di Sabah Sandiwara. Fitnah terhadap ‘front-liners’

Selepas menggelakkan tragedi Lahad Datu tahun 2013 sebagai sandiwara, Warisan Plus juga sifatkan Covid-19 sebagai satu lagi sandiwara. Lihat sini: https://pakdin.my/prnsabah-mohamaddin-ketapi-dakwa-askar-berperang-dengan-ayam-dan-anjing-di-tanduo-video/ Mereka kata orang Melayu tak...

Jangan kompromi isu keselamatan: Bung

TAWAU: Pengerusi Barisan Nasional Negeri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu pasukan keselamatan tidak berkompromi terhadap isu keselamatan terutamanya menjelang hari pembuangan undi...
00:02:32

#PRNSabah: Mohamaddin Ketapi dakwa askar berperang dengan ayam dan anjing di Tanduo? [Video]

Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya semasa era Pakatan Harapan, Mohamaddin Ketapi mendakwa peperang menentang penceroboh di Tanduo, Lahad Datu, Sabah ada lah pembohongan...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...