PAS Juga Tak Setuju Tindakan Keluar Dewan #Bajet2017 - pakdin.my

Ketika parti pembangkang lain menunjukkan kebiadaban dengan keluar daripada Dewan Rakyat ketika Bajet 2017 dibentangkan, PAS pula mengambil pendirian berbeza dengan PKR dan DAP.

Tegas Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin bin Hassan, meskipun ada beberapa perkara yang tidak dipersetujui, namun ia seharusnya dikemukakan dengan cara yang lebih baik dan ilmiah.

“Ada perkara yang kita tidak setuju dalam kandungan bajet namun cara kita ialah dengan mengemukakan pandangan dan hujjah bantah secara ilmiah dalam perbahasan.

“Sebagaimana ada perkara yang baik untuk rakyat dan negara dalam bajet.

“Malah peraturan di Dewan Rakyat ini, jika kita tidak bersetuju pun dengan bajet, kita boleh memilih mengundi untuk menolak dalam sesi pengundian,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Nasrudin mengulas berhubung tindakan ahli-ahli parlimen pembangkang keluar dewan semasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang membentangkan Bajet 2017 hari ini.

Tambah Nasrudin juga, sikap PAS ini juga berasas mengikut Peraturan Dewan 41 (1) (e) dimana dewan sewaktu seseorang ahli itu bercakap, semua ahli-ahli lain hendaklah diam dan tidak boleh mengganggu dengan cara kurang adab.

Dalam masa yang sama, Ahli Parlimen PAS Bukit Gantang, Datuk Idris Ahmad menjelaskan yang parti Islam itu tidak terlibat dengan perancangan parti pembangkang lain yang membawa plakad ‘Siapa MO1’ dan keluar awal daripada Dewan Rakyat.

“Kita tak tahu tentang perancangan itu, kita tak terlibat, kita tunggu sampai habis pembentangan kerana kita hormat pada peraturan mesyuarat, kita hormat kepada Speaker dan kepada ahli dewan lain.

“Kalau tak bersetuju kita ada cara kita,” katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen, Jumaat.

Terdahulu, pemimpin PKR dan DAP kebanyakannya keluar lebih awal menunjukkan protes terhadap Perdana Menteri dengan membawa plakad ‘siapa MO1’.

Tindakan itu mendapat kritikan banyak ahli parlimen dengan menyifatkan ia sebagai satu tindakan yang biadap.

UTAMAPOLITIKPAS Juga Tak Setuju Tindakan Keluar Dewan #Bajet2017

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium