26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 16, 2021

PAS LUPA DIRI NAIK ROKET!!

isle_pas

Lepas satu-satu bala menimpa parti pembangkang. Entah mengapa semakin ramai ahli Pas mula tawar hati sejak roket DAP mendarat ke bulan Pas. Mereka semakin malu untuk menjaja Pas sebagai parti Islam sebagaimana matlamat asal penubuhannya.

Puncanya hanyalah dengan UMNO, DAP tak boleh makan tiba-tiba Pas pula terima mereka.  Bukan sahaja terima bahlan berkongsi agenda dengan orang yang menentang penubuhan negara Islam dan kuasa Melayu.

Sebahagian ahli Pas mula menyepikan diri daripada aktiviti parti seperti ceramah kerana semakin cemas dengan penampilan gagah DAP.

Ramai yang tidak tergamak untuk melihat bendera DAP bersilang dan bergandingan dengan Pas.  Nampak macam Pas makin ditelan DAP.  Lagipun Pas tidak ada keyakinan diri sehingga nak bagi jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.

Inilah kejayaan terbesar DAP iaitu berjaya mempergunakan Pas untuk menentang ketuanan Melayu yang ditegakkan oleh UMNO.  Sepatutnya jika marahkan UMNO, Pas sahaja tentang UMNO bukan bekerja dengan DAP.

Ternyata kepimpinan Pas yang ada tidak sekental kepimpinan zaman Allahyarham Datuk Asri dan Yusof Rawa yang tegas menolak DAP.

Sekalung tahniah buat Kit Siang dan Karpal Singh kerana berjaya gunakan Pas untuk tentang UMNO.  Yang ruginya nanti bukanlah orang lain tetapi umat Islam dan orang Melayu itu sendiri

Artikel seterusnyaUMNO JUARA RAKYAT?

Berita Berkaitan

Komen

  1. Benarkah PAS makin hanyut atau UMNO yang terus syok sendiri???

    Mungkinkah ini taktik politik PAS yang mahu dilihat sebagai terdesak dan UMNO pula dilihat sebagai perkasa dan segar kembali?

  2. jika melayu tidak mula sedar mulai sekarang akan terkabullah doa mereka sewaktu 13 mei 1969 dimana melayu hanya sesuai tinggal di hutan sementara mereka memerintah negara…

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.