25.7 C
Kuala Lumpur
Monday, October 26, 2020

PAS Marah UMNO Sebab PKR Tolak Hudud?

Dalam program Fiqh bersama Ulama yang menampilkan ulama-ulama dari negara Arab, pada bulan lepas, antara kertaskerja yang dibentangkan menyatakan bahawa Hudud hanyalah 1/10 dari dari Islam.

Perkara ini dipersetujui oleh ramai Ulama termasuk Ulama PAS, buktinya, Hadi Awang sendiri pernah berkata bahawa ‘Hudud hanyalah satu aspek daripada 0.001% daripada hukum Islam’.

Maknanya, tuntutan Islam ke atas sesebuah masyarakat itu adalah lebih luas mencakupi aspek sosial dan kemanusiaan yang lebih penting seperti pendidikan yang berkualiti, kemakmuran dan kemajuan negara, keupayaan untuk menyumbang bagi kesejahteraan manusia sejagat dan berbagai-bagai lagi, selaras dengan kedudukan manusia sebagai Khalifah di muka bumi.

Tuntutan Islam ke atas seorang individu Islam pula adalah atas amalan peribadinya kepada Allah S.W.T serta keikhlasan dan kejujuran sesama manusia. Kesemua ini mengambil tempat 9/10 dari tuntutan Islam yang mana majoriti dari Umat Islam masih menghadapi kesukaran untuk memenuhinya.

Manakala, kedudukan ‘hudud’ dalam Islam telah pun jelas iaitu jika sesebuah negara tidak melaksanakan hudud, ia tidak akan menjejaskan sedikitpun keIslaman seseorang Muslim di negara itu. Ini kerana hudud, undang-undang dan kerajaan bukanlah faktor yang menentukan kesudahan seseorang Muslim di akhirat kelak. Kerana itu, hudud tidak diletakkan sebagai perkara pertama dalam tuntutan Islam.

Namun, penganut-penganut PAS tetap tegar mengambil sikap seolah-olah Hudud itu adalah 100% atau perkara teratas dalam Islam dan kalau tidak melaksanakannya maka segala amalan tidak diterima lagi dan jatuh kafirlah kerajaan yang tidak melaksanakannya, termasuklah penyokong-penyokong kerajaan. Penjelasan kerajaan bahawa hudud masih belum sesuai dan terlalu sukar untuk dilaksanakan di negara ini, dan pada ketika ini, dibakulsampahkan sebagai kenyataan ‘menolak Islam’ oleh PAS.

Walaubagaimanapun, PAS tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan PKR yang juga memberi jawapan yang sama mengenai hudud.

Buktinya, baru-baru ini, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua Angkatan Muda PKR menyelar Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan Tantawi kerana membangkitkan lagi isu hudud. Shamsul menyarankan agar Nasrudin merujuk kepada persetujuan yang dicapai iaitu hudud bukanlah sebahagian dari polisi yang dipersetujui oleh Pakatan Rakyat.

Apabila ditanya, kenapa PKR boleh dan UMNO tidak boleh?, PAS, khasnya, Mahfodz Omar menjawab bahawa PKR mengiktiraf hudud tetapi tidak menerima perlaksanaannya di Malaysia kerana ia tidak sesuai, tetapi UMNO pula menolak hudud mentah-mentah.

Jika ini jawapannya, kita ingin bertanya Mahfodz, kenapa pula PAS tidak ada masalah untuk bekerjasama berjuang mengejar impian untuk berkongsi kerusi pemerintah dengan DAP walaupun DAP jelas menolak mentah-mentah, malah sanggup mati daripada membiarkan hudud dilaksanakan?

Kenapa DAP boleh dan UMNO tidak boleh? Pastinya, jawapan Mahfodz ialah kerana DAP bukan Islam.

Namun, ini bukan soal mengenai keIslaman mana-mana parti. Ia juga bukan soal sama ada satu-satu parti itu mengiktiraf atau tidak hukum hudud.

Soalnya ialah tentang pendirian PAS mengenai hudud dan apakah PAS jujur ingin melaksanakannya.

Jelaslah sudah bahawa pendirian PAS mengenai hudud dari dulu sehingga kini ialah, ia merupakan bahan politik semata-mata serta PAS tidak punya niat pun untuk melaksanakannya kerana jika PAS serius ingin melaksanakannya mereka pasti menolak kerjasama dengan PKR dan DAP sebagaimana mereka menolak UMNO juga.

+++++

Karpal slams Pas Youth head’s hudud comment

nasrudin-vs-karpal-hudud-nst

… KUALA LUMPUR: DAP and its ally, Pas, appeared yet to reach an understanding on the possibility of implementing hudud if they ever come to power. Yesterday, DAP chairman Karpal Singh expressed extreme displeasure upon learning that Pas Youth chief Nasrudin Hassan Tantawi had suggested that he had been willing to consider such laws for […]

DAP Sah 90 Kerusi, Hudud Sah Tak Dilaksanakan – @nikabdulaziz

+++

PENULIS sedikit terkejut bila menerima salinan mesyuarat yang membincangkan soal pembahagian kerusi oleh parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang diadakan baru-baru ini. Daripada dokumen tersebut, sudah sah bahawa DAP akan bertanding di 90 kerusi parlimen, PKR 66 kerusi manakala kerusi selebihnya akan ditandingi oleh PAS!! Pada penulis, ini adalah satu kejutan terbesar kerana ia meletakkan DAP […]

PAS Dijangka Menang 20 kerusi Parlimen, Nasib Hudud?…

dimana-hudud-PAS

Pada Julai 2011, PAS menyatakan hasratnya untuk bertanding di 80 kerusi parlimen dengan mengambil alih beberapa kerusi milik PKR bagaimanapun tentangan keras dari PKR memungkinkan impian PAS itu tidak akan tercapai. PKR terutama Anwar Ibrahim melihat sebarang cubaan PAS mahu merampas kerusi milik PKR sebagai satu ancaman terhadap penguasaannya dalam pakatan pembangkang. Mengikut maklumat dalaman […]

PR Fokus PRU13 – Hudud Bukan Isu dan Tiada Dalam Buku Jingga

PRU 13

Pakatan Rakyat (PR) akan terus fokus dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dan tidak akan terbuai dengan isu hudud yang didakwanya sengaja di diperbesarkan oleh media massa. Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun terdapat perbezaan ideologi antara Pas dan DAP mereka akan tetap berpegang kepada persetujuan yang dibuat dalam buku Jingga […]

Transkrip Sidang Akhbar Pakatan Rakyat Mengenai Isu Hudud 29/9/09

karpal hudud tempelak hadi

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Pakatan Rakyat mengenai isu hudud yang berlangsung di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut di sini bermula jam 8 malam semalam (Rabu) dan hanya berakhir pada lebih kurang jam 1 pagi (Khamis). Berikut adalah petikan transkrip soal-jawab di antara wartawan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (yang mewakili Pakatan Rakyat) berhubung […]

Hadi Awang Sahkan Hudud Hanya Umpan Politik

hadi-hudud-menikus

Hukum hudud bukanlah satu keutamaan pakatan pembangkang, itu kata Hadi Awang yang juga Presiden PAS. Jelasnya lagi, hudud akan tetap dilaksanakan sekiranya pakatan pembangkang mengambilalih kerajaan. Tapi… ada tapinya… Kata Hadi, hukum hudud hanya akan dilaksanakan mengikut proses demokrasi dan selepas masalah kemiskinan dapat diatasi serta hanya terhad kepada umat Islam sahaja pada permulaannya. Menurutnya […]

Hudud: Karpal tegur Presiden Pas

Karpal Singh

KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP, Karpal Singh menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhenti mengeluarkan kenyataan bagi pihak Pakatan Rakyat. Karpal berkata, Abdul Hadi tidak berhak berbuat demikian terutama ketika menyatakan pakatan itu akan melaksanakan hudud jika berkuasa. Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu juga berkata kenyataan Abdul Hadi adalah retorik semata-mata dan tanpa […]






Berita Berkaitan

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Darurat: Raja-Raja Melayu bermesyuarat esok

Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan khas...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,356PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan