PAS Minta Karpal Hormati Dasar & Perjuangan PAS

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

15 jemaah masjid Jitra korban Covid dalam 2 minggu

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Dr Mohd...

[Video] Syarifuddin juara CEV Moto3 Remaja Dunia

Pelumba negara, Syarifuddin Azman mengharumkan nama Malaysia selepas muncul...

Kapolrestro Jakbar beri sinyalemen barang bukti selain ganja pada EAP

barang bukti cukup beragam dan cukup banyak yang...

新冠确诊添5304宗雪隆占46%

截至今午12时,我国新冠病毒单日新增确诊病例持续下降,报5304宗。

Karpal slams Pas Youth head’s hudud comment

Konflik perselisihan pendapat antara dua sekutu pembangkang iaitu PAS dan DAP mengenai isu negara Islam dilihat tidak berkesudahan apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh diminta menghormati dasar dan perjuangan PAS.

Sambil menegaskan bahawa PAS akan terus berjuang memartabatkan Islam, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebaliknya mahu Karpal ‘tutup mulut’ daripada memberi pandangan mengenai prinsip dan dasar parti itu.

Malah ahli politik veteran itu diminta melihat isu besar yang dipersetujui secara bersama dalam pakatan pembangkang demi matlamat politik masing-masing.

“PAS harap Karpal menghormati dasar dan perjuangan PAS yang sudah diketahui umum. Kita tidak akan sekali-kali berhenti daripada menegakkan Islam.

“Justeru Karpal seharusnya melihat perkara besar yang sudah dipersetujui dalam Pakatan Rakyat kerana itu adalah lebih utama,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Karpal yang meminta pemimpin PAS supaya tidak terus membangkitkan isu negara Islam yang boleh merencatkan kemaraan pakatan pembangkang ke Putrajaya.

Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, kepimpinan PAS perlu akur dengan Buku Jingga yang tidak memasukkan hudud sebagai satu agenda pemerintahan Malaysia dan manifesto dalam pilihan raya akan datang.

Sebelum ini Karpal menafikan dakwaan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi ketika berdebat dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU), Fathul Bari Mat bahawa beliau pernah membuat kenyataan bersedia untuk mempertimbangkan dasar PAS mahukan sebuah negara Islam sekali gus bertegas tidak akan bersetuju dengan pelaksanaannya.

Bagaimanapun Tuan Ibrahim mempertahankan kenyataan Nasrudin namun berharap ia tidak dijadikan polemik yang boleh merosakkan hubungan kedua-dua parti.

“Kita faham maksud dan situasi yang dibangkitkan Nasrudin ketika berdebat. Beliau hanya ungkapkan kembali pandangan Karpal mengenai hudud…namun pada hari ini pandangan itu sudah berbeza.

“PAS harap ia tidak dijadikan polemik kerana banyak isu lain yang lebih besar perlu diberi perhatian jika pembangkang mahu menuju ke Putrajaya,” katanya.

BACA juga:

Leave a Reply