24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, October 2, 2020

PAS nafi keluar surat sokong daftar PN

PAS nafi mengeluarkan surat menyatakan sokongan untuk mendaftarkan Perikatan Nasional (PN) secara sah mengikut undang-undang, seperti yang diviralkan pihak tertentu di media sosial.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata parti itu sedang menyiasat pihak yang bertanggungjawab menyebarkan surat palsu tersebut.

“Tak betul. Tengah siasat siapa yang buat dan sebar,” katanya ringkas ketika dihubungi Astro AWANI.

Terdahulu, tular di media sosial surat bertarikh 3 Ogos dan 27 Julai 2020 kononnya ditandatangani oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan persetujuan parti itu menjadi anggota penaja PN.

Surat itu juga turut menamakan Tuan Ibrahim dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Khairuddin Takiri sebagai ahli jawatankuasa penaja PN.

Sementara itu, satu lagi surat bertarikh 27 Julai pula meletakkan nama Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Samsuri Ahmad Mokhtar dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan sebagai ahli jawatankuasa penaja PN.

Berita Berkaitan

Pesan Pada PAS Jangan Khianati UMNO – Zahid Hamidi

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta PAS selaku rakan sekutu utama di...

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan