PAS Nafi Sengaja Palsukan Gambar Mohd Azam - pakdin.my

gambar-palsu-azam-azizan-1
Risalah mengandungi gambar palsu menunjukkan Mohd Azam mengadakan pertemuan dengan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

PAS akan mengambil tindakan terhadap pereka grafik yang bertanggungjawab mereka risalah mengandungi gambar palsu menunjukkan calon parti itu, Mohd Azam Abdul Samat mengadakan pertemuan dengan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Menafikan gambar palsu itu sengaja digunakan, Pengarah Operasi PAS Pilihan Raya Kecil Sungai Limau, Datuk Amiruddin Hamzah bagaimanapun mengakui pihaknya ‘terlepas pandang’ mengenai kandungan risalah tersebut walaupun melalui proses suntingan.

“Kita minta seorang pereka grafik untuk membuat rekaan risalah tersebut. Mengikut amalan, kita akan lihat dahulu, sunting tatabahasa serta menilai pemilihan gambar yang digunakan sama ada sesuai atau pun tidak.

“Tetapi tanpa kita sedari salah satu yang dicetak adalah bukan gambar sebenar. Saya ingin nyatakan, saya sebagai pengarah operasi hanya bertindak berdasarkan apa yang diberikan oleh pereka,” katanya pada sidang media harian jentera pilihan raya PAS di markas induk PRK Sungai Limau di sini, Isnin.

Isu penggunaan gambar palsu berkenaan mendapat perhatian apabila gambar asal yang memaparkan Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Muhamad Mat Yakim bersama Ketua Biro Sinar Harian Utara, Mohd Idros Mohd Ali telah melalui teknik superimpose.

Melalui gambar yang telah dimanipulasi itu, dipaparkan Mohd Azam turut bersama-sama Mohd Idros mengunjungi Azizan dipejabat Menteri Besar, Wisma Darul Aman, Alor Setar tiga tahun lalu.

gambar-palsu-azam-azizan-2
Teknik ‘superimpose’…Gambar menunjukkan Mohd Azam bersama-sama Mohd Idros mengunjungi Azizan di pejabat Menteri Besar, Wisma Darul Aman, Alor Setar, tiga tahun lalu.

Mengulas lanjut Amiruddin yang juga Ketua Pembangkang DUN Kedah berkata, pereka grafik berkenaan bukan pereka dalaman parti itu.

“Dia bukan orang dalaman parti, tapi kita seringkali menggunakan khidmatnya untuk lakukan kerja-kerja sebegini,” katanya.

UTAMAPOLITIKPAS Nafi Sengaja Palsukan Gambar Mohd Azam

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium