Pas Patut Ambil Tindakan Terhadap Khairol Fahmi – Penasihat Agama PM - pakdin.my

khairul-fahmi-mat-somDatuk Seri Dr Abdullah Md Zain, Penasihat Agama Perdana Menteri, berkata PAS patut mengambil tindakan terhadap Penolong Setiausaha 1 Dewan Pemudanya Khairol Fahmi Mat Som kerana menghina Rasullullah SAW.

Katanya tindakan Khairol Fahmi melalui kenyataan dalam laman Twitternya baru-baru ini jelas keterlaluan dan biadap sehingga mengguris hati umat Islam dengan mengaitkan Nabi, hanya kerana marah terhadap Umno.

Khairol Fahmi mengambil contoh baginda Rasulullah SAW untuk mengecam Umno berhubung penayangan video seks yang dikatakan melibatkan pemimpin pembangkang.

Bagaimana boleh Nabi sebagai insan yang mulia dan sempurna ini dibandingkan oleh Khairol Fahmi dengan manusia biasa yang pastinya satu perkara yang tidak betul, katanya Abdullah kepada pemberita di sini Isnin selepas Majlis Mesra dengan Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Cawangan Besut.

Beliau berkata PAS sudah terlalu jauh menyeleweng dan terpesong seperti yang pernah dikatakan oleh bekas timbalan presiden PAS Nasaruddin Md Isa sebelum ini.

“Saya harap pemimpin PAS balik ke pangkal jalan dengan tidak terus menerus berjuang dan mengeluarkan kenyataan berlandaskan emosi dan nafsu hingga akhirnya menjadikan Islam itu terlalu ekstrim dan tidak dihormati oleh bangsa lain di dunia ini,” katanya.

Di KEDAH, Anggota Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi turut meminta Majlis Syuara PAS mengambil tindakan ke atas Khairol Fahmi.

Katanya majlis itu tidak boleh berdalih kerana keceluparan Khairol Fahmi menjadikan Rasulullah SAW sebagai perbandingan merupakan penghinaan terhadap baginda dan tindakan tegas perlu diambil.

“Mengguna Rasullullah SAW sebagai perbandingan adalah perbuatan melampau dan hilang akal,” katanya.

Mohd Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Pemantapan Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah peringkat Parlimen Pokok Sena di Sekolah Menengah Sains Pokok Sena hari ini.

UTAMAPOLITIKPas Patut Ambil Tindakan Terhadap Khairol Fahmi - Penasihat Agama PM

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium