25.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 22, 2020

PAS Perlu Nyata Pendirian Isu PM Bukan Melayu

PAS perlu menyatakan pendiriannya berhubung isu pelantikan individu bukan Melayu sebagai Perdana Menteri, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata parti itu tidak boleh berdolak-dalik dalam isu berkenaan seperti yang berlaku dalam isu muzakarah.

“Adakah apa yang dilontarkan oleh Karpal Singh secara rasmi menjadi pendirian kepada PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) Parlimen Bagan Datoh di sini, Jumaat.

Anggota Parlimen Bagan Datoh itu diminta mengulas laporan sebuah akhbar semalam, yang memetik Pengerusi DAP Karpal Singh sebagai berkata selagi hidup, beliau akan terus berjuang memastikan individu bukan Melayu menjadi Perdana Menteri.

Ahmad Zahid berkata walaupun Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut soal bangsa dalam menentukan jawatan Perdana Menteri tetapi secara konvensyen, perkara itu telah dipersetujui bahawa jawatan tersebut dipegang oleh orang Melayu.

“Kita meminta rakyat membuat penilaian terhadap pendirian dan sikap PAS dalam isu ini,” katanya.






Berita Berkaitan

UMNO Gesa Gencatan Politik, Fokus Sepenuhnya Agenda Bantu Rakyat – Ahmad Zahid

Umno hari ini mengumumkan “gencatan politik” bagi memastikan agenda menangani Covid-19 dan membantu rakyat...

Kamulah punca sistem negara ini rosak, kata Ramkarpal kepada Mahathir

Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP Ramkarpal Singh menyatakan kekesalannya bekerjasama dengan Dr Mahathir...

Azmin dan Hamzah Zainudin katak lompat yang gila kuasa, kata MT Umno

Anggota Majlis Tertinggi Umno menyindir dua pemimpin kanan Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali...

Pertemuan Pemimpin PN Gagal Hasilkan Keputusan

Perbincangan wakil tiga parti utama kerajaan Perikatan Nasional – UMNO, PAS dan PBBM, sabtu...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan