PAS perlu nyatakan pendirian tentang hudud #pakdin.my

hudud pakatan pembangkang

PAS sehingga hari ini masih belum memberi penerangan berhubung undang-undang Hudud kepada PKR.

Namun secara berseloroh Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata macam-macam versi berhubung hudud ini namun akhirnya penerangan hanya akan dibuat sebelum ia dibentangkan di parlimen.

Sebelum ini, Majlis Presiden Pakatan Rakyat menyarankan PAS untuk membentangkan draf enakmen undang-undang Jenayah Syariah 2 itu sebelum dibentangkan dalam Parlimen.

Namun ia tidak dilakukan kerana jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang media sebelum dipenjarakan berkata perkara itu akan dibincang dalam satu mesyuarat khas selain daripada isu pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

“Kadang-kadang kita keliru daripada maklumat yang kita petik dari sumber yang tak rasmi. A baca lain, b baca lain, c baca lain, abc campur jadi lain lagi, jadi abc pula, draf pun kita tak tengok lagi, jadi kita tak boleh nak komen tentang perkara itu.

“Atau mungkin mereka perlukan masa Muktamar yang akan datang, mungkin mereka sibuk dengan Muktamar yangmungkin juga printing tak siap sebab banjir ke, jadi kita tunggu je,” katanya selepas sidang media di Ibu Pejabat Parti KEADILAN, Isnin.

Namun tegasnya, PAS bagaimanapun perlu menyatakan pendirian berkenaan isu tersebut bagi mengelakkan kekeliruan banyak pihak.

“Terlalu banyak perkara yang mereka kena jelaskan, termasuklah enakmen-enakmen yang ingin diwujudkan di Kelantan, ia juga harus diperjelaskan.

“Jadi kita merayu kepada pimpinan PAS untuk terangkan perkara ini sebab banyak orang keliru dan saya fikir ramai juga pimpinan yang keliru dengan apa yang jadi,” tambahnya.

Jelas Johari, mengeluarkan kenyataan rasmi daripada parti itu sendiri adalah tindakan terbaik perlu dilakukan setakat ini berikutan Hudud adalah satu isu yang besar dan undang-undangnya perlu difahami dengan lebih jelas.

Hudud ni satu perkara yang sangat besar, tentang apa benda yang nak dibawa, penerangan itu perlu supaya penerimaan rakyat adalah lebih jelas.

“Saya yakin dengan kebijaksanaan pimpinan PAS, mereka boleh terangkan dengan sangat jelas supaya bukan setakat muslim, bukan muslim juga nak tahu apa yang jadi sebenarnya.

“Jadi kita perlu ada satu kenyataan rasmi yang perlu diperjelaskan kepada orang awam supaya kita tak dapat info yang salah dan persepsi yang berbeza,” katanya lagi.

Sokongan dari UMNO dan PAS sahaja tidak mencukupi untuk meminda perlembagaan yang memerlukan sokongan 2/3 atau 148/222 bilangan Ahli Parlimen
Sokongan dari UMNO dan PAS sahaja tidak mencukupi untuk meminda perlembagaan yang memerlukan sokongan 2/3 atau 148/222 bilangan Ahli Parlimen

Berkaitan