PAS pertahan kerjasama dengan PN, di sebalik kritikan pemimpin Umno - pakdin.my

PAS berkata komited untuk mempertahankan pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) meskipun berada dalam kerjasama bersama Umno melalui Muafakat Nasional, ketika segelintir pemimpin diketuai bekas perdana menteri Najib Razak menggesa parti Islam itu untuk meninggalkan gabungan tersebut.

Dalam kenyataan hari ini, PAS menegaskan pihaknya mahu bertanggungjawab dalam menguruskan negara yang disebutnya sedang berada dalam keadaan sukar.

“PAS tidak mahu terlibat mahupun dilibatkan dalam sebarang polemik politik yang membawa negara ke kancah perpecahan yang sekali gus mengundang kepada ketidakstabilan, ancaman terhadap keamanan dan kehidupan ekonomi rakyat,” kata Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan dalam kenyataan itu, sehari selepas pemimpin veteran Umno Tajuddin Abdul Rahman mengkritik kepimpinan PAS.

Semalam, Tajuddin dalam ucapan pada mesyuarat Umno Bahagian Pasir Salak berkata parti Islam itu melanggar piagam Muafakat Nasional dengan menjadi sebahagian daripada parti komponen PN.

“Saya ingin mengingatkan kepada para pemimpin PAS mengenai betapa pentingnya menunaikan janji. Mereka menyertai PN bersama Bersatu tanpa persetujuan kami,” katanya dalam ucapan, semalam.

Malah, Najib dalam ucapan di mesyuarat Bahagian Pekan hari ini turut mendesak Umno supaya meninggalkan PN dengan mendakwa gabungan itu tidak menunaikan janji.

Muafakat Nasional adalah piagam kerjasama yang ditandatangani oleh Umno dan PAS pada September 2019, ketika kedua-dua parti itu merupakan pembangkang.

Beliau menegaskan PAS hanya boleh bekerjasama dengan Umno, dan bukannya Bersatu, sebuah parti yang ditubuhkan secara bersama oleh Muhyiddin pada 2016 selepas dipecat daripada kerajaan kerana lantang bersuara mengenai skandal 1MDB.

Kenyataan tersebut ditentang oleh Jawatankuasa Kerja PAS Awang Hashim mengatakan Tajuddin tidak pernah terlibat dalam rundingan kerjasama ketika-tiga parti dalam mencapai kata sepakat pilihan raya.

“Orang yang tidak terlibat dalam rundingan itu boleh kata apa sahaja ikut suka dia,” kata ahli Parlimen Pendang itu kepada MalaysiaNow.

PAS melalui kenyataan itu turut menyeru rakan-rakan politik terutama di gabungan kerajaan supaya berlapang dada, bertolak ansur dan mengambil iktibar dari peristiwa lampau demi maslahat rakyat yang memerlukan kepimpinan yang baik dan berintegriti.

“PAS amat percaya hanya perpaduan yang sejati dan ikhlas sahaja mampu membawa kepada pembinaan negara yang harmoni, maju, bersatu padu serta saling menerima dan hormat menghormati di antara rakyat pelbagai kaum, agama, adat resam dan budaya di negara kita yang tercinta ini.”

* Bila lebai dapat jawatan 😂

UTAMAPOLITIKPAS pertahan kerjasama dengan PN, di sebalik kritikan pemimpin Umno

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium