25.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, November 28, 2020

PAS Selangor anggap ancaman pertubuhan Kristian tidak serius

pas-selangor

PAS Selangor tidak memandang amaran oleh pertubuhan Kristian menerusi blog mereka supaya tidak turut serta bertanding di Kajang dan laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu ancaman  yang perlu diberi perhatian serius. 

Menurut Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor, Khalid Samad, kenyataan dalam blog Christian United For Malaysia itu merupakan pandangan bukan mewakili semua yang beragama Kristian di Selangor.

“Jadi tidak ada isu dalam perkara ini. Itu pandangan mereka kerana mungkin mereka tidak faham atau tidak tahu situasi sebenar.

”Saya ada jumpa persatuan-persatuan Kristian lain, dan setakat ini mereka faham setelah saya jelaskan keadaan sebenar kepada mereka, dan tidak ada pertikaian,” katanya ketika dihubungi bnbbc.my bagi mendapat penjelasan berhubung isu tersebut.

Dalam blog yang dikendalikan oleh pertubuhan Kristian itu, mereka dengan jelas menempelak PAS ekoran kegagalan parti itu dalam menjaga kebajikan rakyat beragama Kristian di Selangor.

Mereka turut mengecam PAS untuk tidak mengambil bahagian di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang dijadualkan berlangsung pada 23 Mac ini sebaliknya mengangkat kepimpinan calon DUN Kajang,  Anwar yang dilihat menjaga kebajikan dan kepentingan penganut agama Kristian.


Kemarahan penganut agama Kristian terhadap PAS ini adalah kerana parti itu gagal membantu dan membela mereka ketika rampasan bible yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bulan lalu.

“Kalau kerana itu, mereka kena faham bahawa JAIS bertindak mengikut arahan MAIS, dan MAIS bertegas untuk tidak memaklumkan apa-apa kepada Kerajaan Negeri, dan mereka juga menafikan hak yang ada pada kerajaan negeri.

“Itu adalah punca kami dilihat seperti tidak membantu mereka,” tambah Ahli Parlimen Shah Alam itu lagi.

Sementara itu, Adun PAS Meru, Dr Rani Osman pula ketika diajukan soalan yang sama enggan mengulas berkenaan isu pokok sebaliknya menyalahkan UMNO sebagai punca kepada permasalahan ini.

“Sepatutnya perkara ini dijawab oleh (Datuk Seri) Najib (Perdana Menteri), ini tidak sampai ke sekarang dia diam sahaja.

“Ini sebab dia luluskan 10 resolusi pada 2008, lepas dah jadi begini dia diam pula, kalau tidak luluskan dulu tak mungkin jadi begini,” katanya

Berita Berkaitan

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand,...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...