PAS Selangor Kecut Telur Dan Hanya Angguk-Angguk Untuk Evangelist Cabar Islam - pakdin.my

pakturut

Pusingan ketiga cabaran DAP untuk menguasai Malaysia menerusi kekuatan Katholik yang menjadi pegangan rasmi kebanyakan pemimpin parti tersebut, kini sudah bermula. Serangan yang dilakukan kali ini lebih bersifat sebagai serampang dua mata. Satu serangan dan cabaran terarah kepada undang-undang tubuh negeri Selangor manakala satu lagi serangan dihalakan ke negeri Sarawak di mana majoriti penganut Kristian menjadi pengundi untuk Pilihanraya Negeri Sarawak yang akan diadakan tidak lama lagi.

DAP sebelum ini telah berjanji bahawa penguasaan mereka dalam politik Malaysia tidak akan mengancam Perlembagaan Malaysia terutama sekali yang membabitkan Artikel 152 dan Artikel 153 yang memberikan keistimewaan kepada Islam, Melayu-Bumiputera, Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu dan Adat Istiadat Melayu.

Penyokong DAP yang paling kuat adalah PKR dan PAS. PKR sememangnya akan menyokong mana-mana pihak yang akan mendukung cita-cita Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri walaupun mereka sedar, kesan buruk yang akan diterima kesan daripada sokongan tersebut.

Namun yang paling menarik sekali ialah PAS. PAS yang sebelum menjalinkan hubungan secara rasmi dengan DAP seringkali menampilkan diri mereka sebagai pendukung Islam paling ortodoks. Bahkan PAS secara membabi-buta tanpa berlandaskan kepada hukum-hakam agama, telah menghukum kafir ke atas UMNO semata-mata kerana Tahaluf Siyasi yang dimulakan oleh UMNO dengan MCA dan MIC sekalipun dari segi penguasaan kerusi Parlimen dan DUN, UMNO lebih dominasi daripada parti-parti yang bergabung di dalam Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO.

Secara rasminya, perangai PAS yang menjadi pak turut kepada DAP bermula pada tahun 2008 pada ketika Nizar Jamaluddin diangkat menjadi Menteri Besar Perak walaupun PAS cuma mendapat enam kerusi DUN di Perak. Walaupun menjadi Menteri Besar, Nizar Jamaluddin terpaksa tunduk pada tekanan DAP yang dikuasai oleh Ngeh-Ngah bersepupu dalam sebarang keadaan.

Selepas itu, PAS sentiasa patuh kepada Lim Guan Eng dan sentiasa juga mencari-cari dalil untuk membenarkan Lim Guan Eng dan DaP. Bahkan Lim Guan Eng telah dilabelkan sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz versi PAS hanya semata-mata untuk mengambil hati Setiausaha Agung DAP itu di Pulau Pinang memandangkan PAS cuma menguasai satu kerusi di negeri tersebut.

Kerjasama antara PAS dengan DAP tidak mendatangkan sebarang keuntungan kepada PAS. PAS hanya dijadikan alat bagi DAP menggandakan tekanan menerusi penyediaan golongan yang sanggup berdemonstrasi dan berhadapan dengan pihak polis. DAP juga telah menjadikan PAS sebagai senjata yang paling berkesan untuk mematahkan semangat UMNO dalam usaha mengekang kemaraan DAP menguasai masyarakat Cina dan kawasan-kawasan yang bermajoritikan atau mempunyai pengundi Cina yang ramai.

Pada PRU13, PAS kehilangan kerusi Parlimen berbanding yang dikuasainya pada tahun 2008. PAS turut kehilangan negeri Kedah. Dengan kata lain, PAS kehilangan sokongan orang Melayu yang menjadi teras dan kekuatan parti tersebut.

Ketiga-tiga orang ADUN DAP yang akan membentangkan usul meminda Enakmen 1988 membabitkan agama bukan Islam (Kawalan Penyebaran ke atas orang Islam), merintis langkah ke arah yang lebih besar apabila mereka turut mempersoalkan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan yang turut melarang perbuatan yang sama. Kata mereka, undang-undang tersebut tidak memberikan hak dan kebebasan beragama kepada masyarakat bukan Islam bahkan menjadikan golongan bukan beragama Islam sebagai golongan yang tertindas dan dizalimi. (RUJUK DI SINI)

Dalam hal yang cukup besar ini, apakah tindakan yang akan dilakukan oleh PAS? Apakah PAS seperti biasa akan bersetuju dengan apa-apa sahaja tindakan DAP walaupun mereka dapat melihat sendiri kerugian yang akan dialami oleh masyarakat Islam di Selangor khususnya dan Malaysia, amnya?

Kejayaan DAP meminda atau menghapuskan Enakmen 1988, akan menjadi batu loncatan kepada sesuatu yang lebih besar iaitu sokongan menyeluruh masyarakat Kristian kepada DAP bagi membolehkan DAP menguasai Putrajaya menerusi kerjasama dengan PAS dan PKR menerusi majoriti dua pertiga bagi membolehkan Perlembagaan Persekutuan pula dipinda, terutama sekali yang membabitkan kekangan penyebaran agama lain selain Islam kepada umat Islam.

Apa yang dilakukan di Selangor, hanyalah permulaan kecil dan penuh hati-hati!

UTAMAGAYA HIDUPAGAMAPAS Selangor Kecut Telur Dan Hanya Angguk-Angguk Untuk Evangelist Cabar Islam

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium