PAS Selangor menolak pelawaan Presiden Persatuan Jalur Tiga(Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali untuk berdebat mengenai hala tuju PAS pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
Malah Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman menegaskan beliau tidak pernah memberi persetujuan untuk berdebat dengan Hasan.
Justeru beliau mempersoalkan kredibiliti bekas exco Selangor itu apabila menguar-uarkan kepada umum kononnya debat itu akan diadakan pada Rabu ini.
“Siapa dia (Hasan) nak berdebat dengan kita? Nak berdebat maklumkan sebulan awal, beritahu tajuk apa nak debat. Kita banyak kerja nak buat,” katanya pada sidang media di bangunan SUK di sini, Isnin.
Abdul Rani berkata demikian bagi mengulas mengenai kewujudan kain rentang dan hebahan di laman twitter mengenai debat antara beliau dan Hasan pada 11 Julai ini.
Bagaimanapun Abdul Rani berkata, PAS Selangor sedia mewakilkan Timbalan Pesuruhjaya PAS III, Khalid Samad sekiranya Hasan tetap mahuberdebat.
“Hasan Ali hantar undangan dua kali, tapi saya belum beri maklum balas. Bila ditegur kata dia profesional, tetapi apa yang beliaulakukan tidak profesional. Kita bukan macam dia tidak turun padang pun.
“Di Meru dia kata ceramah dihadiri ribuan penyokong tapi sebenarnya sekarang jumlah yang hadir nak sampai puluhan pun susah.
“Tindakan beliau ini tidak profesional dan hanya sebagai talian hayat untuk orang ramai datang,” katanya.
kompius…..kompius….br nk tgk 2 tokoh hebat berhujah…ni pengundi atas pagar nk buat pilihan ni….
MCM KU KENAL SAJA YG DLM GAMBAR TU,,,
sape lg ko punya bos le….hahahahaha
plz3,,,aku da lama da tak berjuang bersama ex bos aku tu,,,sebab aku rasa perjuangan mereka telah terlalu jauh dr landasan…(maaf yg masih berjuang bersama mereka)
bgs la dh sedar…..
aku sedar da lama da,,tp aku saja nak terai…dok semeja,,nk selami erti perjuangan mereka ni,,tp aku x nampak apa pun,,,melainkan perjuangan politik(maaf sekali lagi untuk penyokong tegar)
kompius…..kompius….br nk tgk 2 tokoh hebat berhujah…ni pengundi atas pagar nk buat pilihan ni….
sape lg ko punya bos le….hahahahaha
bgs la dh sedar…..