24.6 C
Kuala Lumpur
Monday, September 21, 2020

PAS Terima Umno Pejuang Kemerdekaan Bersama Yang Lain

KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) — PAS Selasa membuat pengakuan bahawa parti itu menolak ideologi dan perjuangan komunis serta menerima hakikat bahawa Umno memperjuangkan kemerdekaan negara.

Berbeza dengan kenyataan kontroversi Timbalan Presidennya Mohamad Sabu sebelum ini, Setiausaha Agung parti itu Datuk Mustafa Ali memberitahu sidang akhbar di ibu pejabat Pas di ibu negara Selasa bahawa parti itu tidak menafikan bahawa Umno memperjuangkan kemerdekaan.

Mustafa berkata terdapat dua kaedah perjuangan menuntut kemerdekaan iaitu secara konfrontasi menolak British dan cara ‘peaceful cooperation’ (kerjasama damai) yang dilakukan oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan Datuk Onn Jaafar.

“Kita nak sebut perjuangan (kemerdekaan) tak bermula dengan penubuhan Umno. Pas juga menolak ideologi dan menolak perjuangan komunis.

“Perjuangan sudah mula lama sejak Datuk Maharajalela di Perak, Datuk Bahaman (Pahang), Dol Said (Melaka dan Negeri Sembilan), Tok Janggut (Kelantan), dan banyak lagi lain, menentang penjajahan Inggeris,” katanya.

Mustafa berkata kenyataan hari ini adalah pendirian rasmi Pas selepas meneliti kenyataan Mohamad Sabu di Tasek Gelugor 21 Ogos lepas, menyifatkan Kompeni Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang Bukit Kepong sehingga mengorbankan 25 perajurit dan keluarga mereka pada 1950 sebagai wira atas alasan mangsa yang terkorban adalah polis penjajah British.

Sementara itu Mohamad yang turut hadir dalam sidang akhbar itu berkata nama Tunku Abdul Rahman dan Onn Jaafar wajar diletakkan sebagai tokoh pejuang kemerdekaan, tetapi tambahnya perlu disertai dengan nama-nama pejuang yang lain.

Mohamad berkata polis juga sudah memanggilnya untuk memberi kenyataan dua hari lepas berhubung kenyataannya di Tasek Gelugor itu.

Sebelum ini, lebih 500 laporan polis dibuat di seluruh negara oleh pelbagai pihak, terutama bekas anggota pasukan keselamatan negara, yang marah terhadap kenyataan kontroversi oleh Mohamad Sabu yang mendakwa pengganas komunis sebagai hero.

********
Bukan kah nama Tok Bahaman, Tok Janggut, Mat Kilau dan ramai lagi Tok juga disbet dalam buku sejarah sebagai pahlawan menentang Inggeris. Bezanya mereka berjuang mengikut negeri masing-masing.

UMNO menyatukan semua perjuangan ini bagi MENUNTUT kemerdekaan bukan mengajak Inggeris berperang. Tidak perlulah kita menyebut gerakan Parti Komunis Malaya juga sebagai pejuang kemerdekaan kerana kita tidak boleh menerima lansung ideologi Komunis yang dengan jelas MEMBENCI agama.

Berita Berkaitan

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Mahathir cadang cukai bagi perniagaan online

“Perniagaan dalam talian yang berurusan secara terus telah menyebabkan perniagaan konvensional terjejas dan kutipan cukai perniagaan juga berkurangan.

Boleh simpan YB belot, tetapi kerusi PRU milik parti dahulu

“Kamu boleh simpan YB (ahli Parlimen) belot, tetapi kerusi (pilihan raya) tetap milik parti dimenangi dahulu.” Demikian kenyataan tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri...
00:02:21

[Video] RPK Dakwa Mahathir Bakal Hilang RM100 Billion Jika Mukhriz Tidak Jadi PM

Ketika Mahathir dan kuncunya menaburkan dedak untuk mengutuk 1MDB bagi dimamah oleh penyokong dan kepada rakyat, ramai tidak tahu kisah sebenar Mahathir mahu menumbangkan...

Apa Salahnya Pulau Pinang Jadi Bandar Kristian? – Dr Ariffin Omar

(menara.my) – Senator lantikan parti DAP, Senator Dr. Ariffin S.M Omar berpandangan bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan jika Pulau Pinang menjadi Bandar Kristian....

6 Ahli parlimen PAN akan umum keluar parti sertai PPBM?

Seramai enam orang ahli parlimen Parti Amanah Negara (PAN) dijangka akan menyertai menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam masa terdekat. Menurut sumber mereka memilih...

[Video] PPBM setuju sertai Muafakat Nasional

Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin mengumumkan parti pimpinannya bersetuju menyertai Muafakat Nasional (MN), kerjasama antara Umno dan PAS. Beliau dalam satu rakaman video berkata, ia adalah...

Ekonomi negara jatuh berbanding kebanyakan negara dunia kerana salah urus

Bila bon Kerajaan Malaysia tidak lagi berada dalam indeks global, pelabur asing yang melabur dalam bon kerajaan terpaksa menjual dan membawa keluar duit mereka untuk melabur di dalam bon negara lain yang berada dalam indeks tersebut.

Lim Kang Hoo dari The Loaf ke Bandar Malaysia

Namun begitu sebuah syarikat bernama Ekovest Berhad melalui sebuah syarikat subsidiari mereka Duke Dining Sdn Bhd telah membeli keseluruhan saham The Loaf dan merancang untuk menghidupkan semula rangkaian bistro tersebut bermula tahun ini.

Mahathir dimalukan netizen di Facebook Perdana Menteri Pakistan

Kemeriahan sambutan luar biasa ke atas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sempena lawatan negara ke Pakistan itu sedikit mendatangkan kecacatan apabila ruangan komen facebook Imran Khan dihujani dengan ribuan komen daripada rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan pimpinan Dr Mahathir sejak kembali menawan Putrajaya.

Komen

..

#PRNSabah: Ahli MT UMNO dilapor postif COVID-19 selepas berkempen di Sipitang

Seorang pemimpin UMNO dilaporkan positif COVID-19 selepas berkempen di kawasan Parlimen Sipitang. Memetik laporan sebuah portal tempatan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu kini sedang menjalani...

#PRNSabah: Polis sahkan cubaan warganegara jiran masuk mengundi [Video]

KOTA KINABALU: Polis Sabah mengesahkan terdapat cubaan warganegara jiran yang akan memasuki negara ini secara besar-besaran bagi menjalankan pengundian dalam Pilihan Raya Negeri (PRN)...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan telus sekali gus menuntut jawapan mengenai cara bagaimana kontrak projek...

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...