PAS terus dipermain pemimpin ‘barua’, Hadi jadi mangsa - pakdin.my

hadi-asiaweeks

Selama ini pelbagai pihak sudah menegur betapa parti PAS dipergunakan rakan-rakan parti dalam Pakatan Pembangkang yang secara sengaja turut meletakkan barua-barua dengan tujuan untuk terus memperkudakan parti itu jika kuda pilihan mereka tidak terpilih memegang tampuk kuasa.

Mungkin sedar atau tidak, kepimpinan PAS selama ini alpa tidak bertindak malah membiarkan parti itu berkecamuk terbelah dengan kewujudan pelbagai puak yakni golongan tunjang asal iaitu ulamak serta golongan berpakaian ulamak dari kelompok Anwarinas/Erdogan dan PasMa/Pro DAP.

Apa pun, rentetan pelbagai insiden kebelakangan ini makin jelas menunjukkan gambaran sebenar kedudukan kelompok puak-puak berpakaian ulamak dalam PAS.

Semakin menghampiri tempoh pemilihan parti PAS Jun depan, semakin terdedah kedudukan puak-puak berkepentingan dalam PAS.

Terbaru, ialah bilamana Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terpaksa mengeluarkan penafian berhubung dua kenyataan berkaitan larangan atau gesaan agar ahli parti menyertai perhimpunan Solidariti Datuk Seri Anwar Ibrahim, #KitaLawan di hadapan Kompleks Beli-belah Sogo, Kuala Lumpur, Sabtu.

“Sukacita dimaklumkan Tuan Guru kini sedang berada di Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan Ibadah Umrah.

“Dengan ini dimaklumkan bahawa kenyataan media yang dikeluarkan pada 6 Mac adalah palsu,” kata kenyataan di akaun Facebooknya.

Sebelum ini, Abdul Hadi didakwa mengeluarkan dua kenyataan media, satu larangan keras manakala satu lagi menyokong ahli PAS menyertai perhimpunan itu sekaligus menjadi viral di laman media sosial.

Apa yang menarik, kedua-dua kenyataan itu memaparkan tandatangan serta pengakuan Abdul Hadi sebagai penulis dan turut dikeluarkan sebagai surat rasmi parti.

Sekaligus, keadaan itu memaparkan bahawa kepimpinan PAS telah dicerobohi barua-barua yang sengaja tanpa segan silu bersikap kurang ajar sedia menjual nama Presiden bagi menjayakan kempen memporak perandakan rakyat dan jelas merosakkan imej negara di mata dunia.

Applikasi WhatsApp tertentu jelas menyenaraikan barua-barua PAS yang akan mengemudi kempen solidariti Anwar di lokasi tertentu dengan yang paling menyerlah ialah Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat yang akan menanti di bangunan ibu pejabat PAS.

Persoalannya, di mana kedudukan Abdul Hadi dan puak ulamak lantaran Ketua Pemuda PAS secara terang-terangan mendedahkan diri sebagai barua bagi menjayakan kempen Anwar sedangkan semua sedar kempen itu tidak mendatangkan faedah sebaliknya memudaratkan rakyat.

Apakah puak ulama akan membiarkan sahaja ahli-ahli PAS dipergunakan keluarga Anwar buat mengharu birukan keadaan di depan Sogo sedangkan puak ulamak sedar itu perhimpunan haram.

Firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 104 dan 105, maksudnya;

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang mengajak kepada kebajikan dan menyuruh kepada makruf dan mencegah dari kemungkaran dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.

“Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka dan mereka itulah orang-orang yang akan mendapat azab yang berat.”

Wahai puak ulamak, tepuk dada, tanyalah selera.

UTAMAPOLITIKPAS terus dipermain pemimpin ‘barua’, Hadi jadi mangsa

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium