Pihak luar termasuk PAS Tidak perlu lagi beri komentar kosong berkaitan penggabunga parti – Annuar Musa

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berharap agar mana-mana pihak termasuk Pas tidak perlu lagi memberi komen kosong berhubung penggabungan parti tersebut.

Menurut beliau, ini kerana parti itu tidak pernah membuat keputusan demikian.

“Saya harap pihak luar termasuk PAS tidak perlu lagi beri komentar kosong tentang nak bergabung dengan UMNO..UMNO sendiri tidak pernah buat keputusan untuk bergabung dengan mana-mana pihak.

“UMNO akan terus memperkasa dirinya sebagai sebuah parti yang berwibawa… bekerjasama di mana perlu,” katanya menerusi laman Twitter beliau, hari ini.

Semalam, beberapa media memetik kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerusi satu temuramah ‘An Evening With Tuan Guru Abdul Hadi Awang” di Dublin, Ireland melaporkan bahawa Pas menyifatkan UMNO sebagai bahtera bocor dan tidak mungkin akan bergabung dengannya.

Kata Abdul Hadi, gabungan dengan parti sedemikian akan hanya menambahkan kesulitan.

3 KOMEN

  1. Tula aku dah kata depa ni masih ada perasaan x ikhlas…sama2 melayu…itu camna nak bersatu…aku nak tanya kat presiden pas ..kami org umno bukan islam ka….awat x boleh ka duduk semeja berbincang…cara silaraturahim sama saudara seagama….perangai hampa ni lwbih kurang perangai parti2 lainnjuga…..bila tersepit saja….minta melayu bersatu…lepaih tu mcm2 x kena bagi hampa…..podaaaah mcm ni ka nak bersatu….sama dgn perangai Kutty….

    • Johari JO dah kenapa pemimpin pas dan umno ni. Aku yang tak aktif dlm politik pun boleh fikir cara rasional….tak perlu bergabung tapi bekerjasama dgn satu matlamat pas dan umno menang dlm pru15. Lepas tu baru fikir tadbir negara bersama. Rasanya taklah datangkan masaalah sangat bila kita berbincang sesama melayu. Adakah kita selesa ph sekarang… fikirlah masak2 wahai pemimpin pas dan umno