PAS Tidak Sehaluan Adun DAP Nak Tukar Bendera - pakdin.my

PAS, yang mungkin sudah belajar daripada keperitan dikecam rakyat ekoran kenyataan timbalan presidennya mengenai Mat Indera, Selasa menegaskan tidak menyokong sebarang usaha parti rakannya DAP untuk menukar Jalur Gemilang.

Malah PAS bernada menentang percubaan DAP itu apabila Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata bendera negara merupakan lambang kedaulatan negara yang perlu dipertahankan.

Beliau berkata isu itu tidak perlu dipolemikkan memandangkan ia tidak akan menjadi dasar pakatan pembangkang atau lebih dikenali sebagai Pakatan Rakyat.

“PAS secara tegas tidak akan sesekali menyokong cadangan sedemikian daripada sesiapa pun,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas komen Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah M Manoharan di dalam laman sosial Facebook pada 16 Sept yang menulis: “Saya mengedarkan banyak bendera DAP di kawasan saya. Saya enggan mengibarkan bendera Malaysia kerana ia lebih mirip dengan Barisan Nasional (BN), bukan Malaysia.”

Ramai pihak mengkritik Manoharan, termasuk daripada kalangan pemimpin DAP sendiri sehingga beliau memadamkan komen tersebut dan memohon maaf secara terbuka atas kelanjurannya pada keesokan hari.

Tuan Ibrahim menjelaskan penukaran bendera bukan isu utama sebaliknya berpendapat anggota parti pembangkang perlu berusaha untuk memenangi pilihan raya umum akan datang.

Beliau mengakui kurang senang terhadap cadangan Adun DAP itu dan menyebut bendera negara tidak boleh diperlekehkan dan dipersendakan.

Bagaimanapun, banyak pemerhati politik berpendapat kenyataan Adun DAP itu walaupun ditentang beberapa pemimpin pembangkang sendiri, telah sedikit sebanyak membocorkan niat tersembunyi parti itu jika berkuasa kelak.

UTAMABERITAPAS Tidak Sehaluan Adun DAP Nak Tukar Bendera

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium