31.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 2, 2020

Pas tolak kerjasama UMNO – mahu bersama DAP

ALOR SETAR 14 Jun – Pas tidak akan menyambut cadangan kerjasama yang dihulurkan oleh UMNO pada masa ini walaupun atas nama penyatuan Melayu kerana telah serik dengan sejarah silam.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu (gambar)berkata, UMNO hanya menghulurkan tangan untuk bekerjasama dengan Pas apabila mereka berasa tersepit seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1969.

Bagaimanapun, katanya, selepas itu Pas ditendang keluar oleh UMNO apabila parti itu kembali kuat dan pulih.

“Sekarang apabila UMNO kembali lemah, mungkin akan kehilangan Putrajaya, sekali lagi dia menghulurkan tangan, marilah kita bersatu,” katanya ketika berceramah sempena pelancaran perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di Kompleks Pas Kedah di sini, malam tadi.

Pada ceramah sulungnya di negeri ini sebagai orang nombor dua Pas, Mohamad turut menggunakan pentas tersebut untuk menyerang kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO yang didakwa menjadi punca kepada pelbagai masalah dihadapi oleh rakyat negara ini.

Beliau yang sering menggunakan bahasa kasar ketika berucap bagi menarik perhatian hadirin mendakwa, UMNO yang menyebabkan orang Melayu semakin hilang kuasa apabila melakukan persempadanan semula menjelang PRU pada 2004.

Mengenai perhimpunan Bersih yang dijadual diadakan di ibu negara pada 9 Julai ini, Mohamad mendakwa, perhimpunan itu tidak akan menimbulkan kekacauan atau menyebabkan kerosakan harta benda kerana ia akan diadakan secara aman.

 

Berita Berkaitan

Berita ‘Umno buat soal selidik kemungkinan bekerjasama dengan PKR, DAP’ nak tutup sisatan semula video semburit

Berita yang di petik dari 'sumber' kononnya tetapi tidak pernah diketahui sumbernya sebenarnya berniat...

Anwar janji lepas jawatan jika gagal tumbangkan PN, kata Pemuda PAN Bukit Bintang

Ketua Pemuda PAN Bukit Bintang, Sheikh Khuzaifah Bawazeer mendakwa Anwar Ibrahim berjanji akan melepaskan...

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...