32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 16, 2021

Pasangan kahwin campur peluk Islam

JERANTUT: Sepasang suami isteri muda kaum India dan Cina berusia 20 tahun beragama Buddha memilih Islam sebagai pegangan akidah baharu mereka.

Mereka ialah V. Mukesh Raj, 20, dan pasangannya, Lee Mei Ling, 20, yang menetap di rumah keluarga angkat di Jalan Benta di sini.

Mukesh yang berasal dari Tanah Putih, Kuantan, memilih nama Islamnya, Muhammad Mukesh Raj Abdullah manakala isterinya dari Kuala Lumpur, Puteri Aqiela Aquiesya Abdullah.

Muhammad Mukesh Raj bekerja kontrak di bandar ini dengan berpendapatan kira-kira RM1,000 sebulan manakala Puteri Aqiela Aquiesya tidak bekerja.

Pengurus Cawangan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) Daerah Jerantut, Nik Ahmad Tarmizi Nik Lam berkata, pasangan muda itu memeluk Islam pada 24 Disember lalu.

“Mereka disyahadahkan oleh Mudir Madrasah Darul Uloom Al-Islamiyyah, Juhari Ali Al-Jenderaki yang beroperasi di Sungai Salan, Jerantut.

“Pengislaman mereka disaksikan Timbalan Kadi daerah, Muhammad Asri Abdul Rahim dan Pembantu Hal Ehwal Islam MUIP Jerantut, Muhamed Khairol Mohd. Salim,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Nik Ahmad Tarmizi berkata, pasangan muda saudara baharu itu akan dibimbing Muip dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam serta keluarga angkatnya bagi menambah pengetahuan agama mereka.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.