33.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 20, 2020

Pasangan kekasih dicekup di rumah abang kandung

AMPANG – Seorang adik lelaki mengambil kesempatan membawa pulang teman wanita ke rumah ketika abangnya tiada di rumah kerana pulang ke kampung di Terengganu menemani isteri yang dalam pantang.

Lelaki berusia 23 tahun itu mengakui kerap membawa pulang teman wanita tidur di rumah tersebut tanpa pengetahuan abang dan kakak iparnya.

Pasangan itu dicekup kerana disyaki berkhalwat di sebuah rumah pangsapuri pada jam 3 pagi oleh sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah bersama Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).

Pegawai Masjid Al-Azim Ahmad Nawi Othman berkata, selepas pihaknya mengetuk pintu beberapa kali, seorang lelaki berpakaian lengkap terkejut melihat kehadiran penguat kuasa sebelum membenarkan mereka masuk untuk  membuat pemeriksaan.

“Kami menemui seorang wanita berpakaian lengkap di sebuah bilik di rumah itu, mereka mengaku pasangan kekasih selepas gagal menunjukkan bukti mempunyai hubungan mahram,†katanya ketika ditemui Sinar Harian awal pagi semalam.

Ahmad Nawi berkata, lelaki itu bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi, manakala pasangannya yang berusia 26 tahun itu bekerja sebagai jurujual di sebuah pusat membeli belah di Petaling Jaya.

“Difahamkan wanita itu tinggal bersama ibu bapanya di Shah Alam, kami menghubungi keluarganya untuk memaklumkan berhubung kejadian ini,†katanya. Pasangan yang ditahan itu dibawa ke Balai Pandan Indah untuk membuat laporan.

Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.






Berita Berkaitan

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan...

ADUN Warisan Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan...

Proton Persona dipandu gila sebelum terbakar

Kajang: Kereta Proton Persona yang terbakar di Jalan Suakasih Bandar Tun Hussein Onn di...

Komen

..

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung isu pencemaran...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan