25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 24, 2020

Pasangan mengamuk di perkarangan JPM – Simptom gangguan mental cenderung berontak

Antara nota yang terdapat di laman sosial Facebook Khalil Afandi Hamid

Lelaki yang ditembak mati di pekarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam, yang menggelar dirinya ‘Imam Mahadi’ mungkin mengalami gangguan mental atau ‘oppositional conduct disorder’, iaitu kecenderungan untuk membantah dan memberontak dalam apa jua keadaan.

Pakar Perunding Psikologi Utama, International Psychology Centre Sdn Bhd, Dr Edward Chan ketika memberikan pandangannya itu berkata, dengan kata lain seseorang itu mungkin mengalami kecelaruan minda.

“Berdasarkan pemerhatian saya melalui blog lelaki itu, saya dapati bahawa dia mempunyai perasaan curiga, sinis dan tidak rasional terhadap sesuatu perkara,” katanya ketika dihubungi  di sini hari ini.

Katanya, lelaki tersebut juga berkemungkinan mengalami gangguan mental sejak kecil lagi atau tidak mendapat nutrisi pemakanan yang seimbang dan juga kesan daripada pengambilan dadah.

“Selalunya individu yang mengalami gangguan ini akan bersifat murung, cepat marah dan panas baran yang boleh mendatangkan bahaya kepada orang awam kerana mereka akan bertindak di luar kawalan,” katanya.

Chan berkata sehubungan itu, sokongan moral dari keluarga dan rakan-rakan amat penting bagi mengelakkan individu tersebut bertindak di luar kawalan.

“Bila ada sokongan dari orang-orang yang rapat dengan mereka ini, sekurang-kurangnya mereka (kawan-kawan) dapat mengenalpasti gangguan yang dialami individu tersebut di peringkat awal lagi.

“Bila dah dapat ‘early detection’, macam murung dan sebagainya, mereka (kawan-kawan) boleh merujuk individu tersebut kepada pihak profesional untuk rawatan dan bantuan dari aspek psikologi macam kaunseling dan sebagainya,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang semalam, lelaki itu yang dikenali sebagai Khalil Afandi Hamid, 47,  mati ditembak polis ketika mengamuk bersama seorang wanita dengan melibaskan pedang samurai di luar perkarangan  Kompleks B, JPM.

Suspek wanita berusia 28 tahun itu, terkena tembakan di bahagian paha kanan dan dirawat di Hospital Putrajaya.

Sementara itu, Penganalisis Jenayah Kamal Affendi Hashim mencadangkan agar setiap anggota polis termasuk polis bantuan dan sukarelawan dibekalkan dengan skim insuran memandangkan mereka sentiasa berdepan dengan risiko bahaya.

Blog Jaya Negara yang sudah tidak boleh di akses. Sila lihat cache blog bekenaan

 

 

 

Berita Berkaitan

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MPS sita pejabat Azmin, Hilman

Pejabat ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak...

Potong Elaun Nelayan, Muhyiddin Lupa Dulu Dia Bersama PH? – Salahuddin Ayob

Pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kenaikan Elaun Sara Hidup Nelayan dari...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan