Pasangan Warga Emas Di Temui Mati Tergantung Di Seremban - pakdin.my

pasangan-warga-emas-mati-tergantung

Kali terkahir dilihat oleh jiran ialah Khamis lalu sebelum rumah sepasang warga emas di Flat Rasah Jaya, Negeri Sembilan berbau busuk.

Curiga dengan bau itu jiran pasangan itu menghubungi polis.

Akhirnya pasangan suami isteri itu ditemui mati tergantung dalam dua bilik berasingan.

Menurut jurucakap polis pihaknya mendapat panggilan pada jam 9.30 malam tadi .

Polis mendapati mayat seorang wanita berusia 58 tahun, tergantung dengan tali di bilik hadapan.

Manakala suaminya berumur 65 tahun dijumpai dalam keadaan sama di bahagian dapur.

Polis masih menyiasat pelbagai sudut bagi mengetahui punca kematian warga emas berkenaan.

Mayat kedua-dua warga emas tersebut dibedah siasat di Hospital Tuanku Jaffar Seremban hari ini.

 

UTAMAPasangan Warga Emas Di Temui Mati Tergantung Di Seremban

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium