PASARAN GETAH DIJANGKA TERUS MENINGKAT MINGGU DEPAN - pakdin.my

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia dijangka terus meningkat minggu depan didorong oleh unjuran positif ke atas pasaran komoditi global.

Peniaga berkata jaminan daripada ahli-ahli Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mengenai pengurangan minyak mentah dan ringgit yang lemah berbanding dolar AS akan memberi sokongan kepada pasaran.

Beliau berkata jangkaan oleh Toyota Motor Corp bahawa jualan kenderaan global akan meningkat sebanyak satu peratus pada tahun depan memberi petunjuk permintaan daripada industri kereta tinggi pada masa akan datang.

“Dasar China yang melanjutkan pengurangan cukai ke atas kereta enjin kecil selama satu tahun akan terus mengukuhkan permintaan untuk kenderaan yang meningkat dan ini turut dijangka menyokong pasaran getah,” katanya.

Bagi minggu baru berakhir, dagangan meningkat tetapi bercampur-campur dengan permintaan bagi gred tayar SMR 20 kekal kukuh.

Bagi asas Jumaat kepada Jumaat, harga Lembaga Getah Malaysia pada tengah hari bagi SMR 20 naik 141 sen kepada 926 sen sekilogram dan susu getah pukal menokok 47.5 sen kepada 636.5 sen sekilogram.

Harga penutup tidak rasmi pada 5 petang bagi SMR 20 meningkat 127 sen kepada 915 sen sekilogram, manakala susu getah pukal menambah 51.5 sen kepada 639 sen sekilogram.

20161218-getah-beku

UTAMAEKONOMIPASARAN GETAH DIJANGKA TERUS MENINGKAT MINGGU DEPAN

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium