Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi - pakdin.my

harga-getah-meningkat

Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi hari ini, dipacu oleh sokongan belian selepas cuti Deepavali, meskipun ringgit kukuh berbanding dolar AS, kata peniaga.

Pada jam 5 petang, mata wang tempatan disebut harga pada 4.3600 berbanding dolar AS daripada 4.3675 pada Isnin.

Beliau berkata, pasaran juga seiring dengan aliran meningkat di Bursa Komoditi Tokyo dan Niaga Hadapan Shanghai. Pasaran getah tempatan ditutup semalam sempena sambutan Deepavali.

Harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 naik 14 sen kepada 512 sen sekilogram manakala lateks pukal menambah 2.5 sen kepada 377 sen sekilogram.

Pada pukul 5 petang, harga penutup tidak rasmi bagi SMR 20 meningkat 14 sen kepada 515 sen sekilogram manakala lateks pukal naik tiga sen kepada 378 sen sekilogram.

UTAMAEKONOMIPasaran getah Malaysia ditutup tinggi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium