Serangan DNSChanger Malware – Akan Menyebabkan Anda Tidak Boleh Memasuki WEB #pakdin.my

Perhatian kepada pengunjung blog.

Pastikan anda memeriksa komputer anda dari serangan malware DNS Changer. Serangan malware ini noleh menyebabkan komputer anda tidak boleh melayari sebarang web pada 10/7/2012. (sebentar lagi).

Anda boleh memeriksa komputer anda dengan memasuki laman CyberSecurity Malaysia http://dnschanger.detect.my/ dan sekiranya komputer anda telah dijangkiti malware DNSChanger sila download F-Secure DNSCheck

Apa itu DNSChanger?

DNSChanger ialah perisian merbahaya (malware) yang menukar tetapan Domain Name System (DNS) pengguna, untuk mengalihkan trafik ke laman yang berpotensi tidak sah atau tidak dikehendaki.

Pada November 2011, FBI telah menumpaskan rangkaian penjenayah siber yang dipercayai bertanggungjawab ke atas penyebaran DNSChanger ke seluruh dunia.

Kira-kira empat juta pengguna telah terjejas di seluruh dunia. Untuk mengelakkan mangsa malware ini dari kehilangan perkhidmatan internet mereka, FBI telah bekerjasama dengan Internet Systems Consortium (ISC) untuk menubuhkan dan mengendalikan satu penyelesaian DNS sementara, sementara memberi peluang kepada ISPuntuk membantu pelanggan/pengguna mereka untuk membuang jangkitan DNSChanger ke atas mesin mereka.

Penyelesaian sementara ini dijangka akan dimatikan seawal 9 Julai 2012. Ia memungkinkan pengguna yang dijangkiti DNSChanger akan tidak dapat untuk berhubung ke internet setelah penyelesaian DNS sementara ini dimatikan.

 

Berkaitan