#CerobohSabah: Pasukan Keselamatan Tahan Penceroboh Perairan Negara Di Lahad Datu – Ahmad Zahid

Lahad DatuBAGAN SERAI — Pasukan keselamatan menahan sekumpulan warga asing menyamar sebagai anggota tentera cuba menceroboh perairan negara di Lahad Datu, Sabah semalam.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bekerjasama dengan pasukan polis mengambil tindakan segera berhubung perkara itu.

“Kita tidak mahu sebarang unsur pendedahan mengenai pertahanan negara berlaku di mana-mana kawasan di negara ini termasuk di Lahad Datu,” katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan memorandum sokongan kepada Barisan Nasional (BN) daripda 28 badan bukan kerajaan di kawasan Bagan Serai di sini, Rabu.

Katanya, langkah itu juga bagi memastikan tindakan segera diambil bagi menentukan pertahanan dan keselamatan negara berada pada tahap maksimum.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut dan meminta kerjasama daripada pihak kerajaan negara berkenaan bagi menyelesaikan perkara itu.

Ahmad Zahid mengarahkan Panglima ATM Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin untuk mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu dengan lebih lanjut.

Sementara itu di KUALA LUMPUR, Pengarah Jabatan Petugas Khas dan Anti Pengganas Bukit Aman, Datuk Mohamad Fuzi Harun, berkata polis Sabah masih menjalankan siasatan terhadap insiden tersebut.

Beliau berkata adalah terlalu awal untuk mengulas lanjut mengenai perkara itu.

“Saya belum terima apa-apa maklumat…ia di bawah siasatan polis Sabah. Jika warga asing itu telah ditahan pasukan tentera maka kesemua mereka akan diserahkan kepada pihak polis untuk disoal siasat,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai penahanan itu.

Loading...

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini