25.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 22, 2020

Patrick Teoh Juga Wajib Minta Maaf Pada PM

Patrick-Teoh-hina-islam-1Kebiadapan pelakon keturunan Cina, Patrick Teoh menghina Islam masih hangat diperkatakan ramai sekalipun Patrick yang juga adalah penyokong kuat PR telahpun memohon maaf di atas keterlanjurannya.

PAS yang baru mengetahui kecondongan politik Patrick yang dekat dengan rakan sepakatannya iaitu DAP segera sahaja melembutkan nada kecaman dalam usahanya mengurangkan impak negatif terhadap prestasi PR dalam PRU 13 nanti.

Serentak dengan itu juga PAS terutama sekali pemimpin bawahan dan penyokongnya cuba mengalihkan tumpuan umum dengan menyalahkan Kerajaan Pusat termasuk Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak berikutan timbulnya isu ini.

Kata mereka kegagalan Kerajaan Pusat menerangkan keindahan Islam kepada orang bukan Islam seperti Patrick merupakan punca sebenar wujudnya ketidakfahaman dan perlakuan biadap sedemikian.

Tak pasal-pasal PM dan Kerajaan Pusat pula yang dipaksa menanggung biawak hidup dari PR. PAS yang gagal mentarbiah DAP sejak kedua-duanya bersekongkol tidur sebantal, tidak pula mahu diakui kelemahannya.

Sedangkan hakikatnya sejak negara ini merdeka hingga kini, pelbagai perancangan pendidikan dan penerangan mengenai Islam serta dakwa Islamiyah telah dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat pimpinan BN.

Selama ini tiada masalah bagi orang bukan Islam mendalami Islam dan menghormati sensitiviti agama, sebaliknya hanya golongan keras hati dan tebal perkaumannya seperti Patrick sahaja yang sengaja buat-buat tidak faham.

Pun begitu, kesediaan pelakon itu mengakui kesilapannya walaupun dialu-alukan namun di masa yang sama sukar untuk umat Islam menerima hakikat seorang Cina yang sudah berusia seperti Patrick masih jahil dengan sensitiviti agama di negara ini.

lebih-lebih lagi sejak hampir 5 tahun kebelakangan ini sudah agak kerap penyokong dan pemimpin PR terutama dari DAP bertindak kurang ajar sebegini.

Antara yang masih segar dalam ingatan ramai ialah sikap biadap pemimpin DAP Perak, Ngeh Koh Ham mempertikaikan bantahan umat Islam terhadap sebuah filem barat yang menghina Islam.

Sebelumnya, seorang pemimpin DAP, M. Manoharan juga pernah mempermainkan doa masuk tandas sehingga menjadi bahan lawak pengikutnya di ruangan sosial Facebook miliknya.

Tidak berapa lama dulu pula, kalangan penyokong dan pemimpin DAP pernah mempertikaikan laungan azan serta turut mempertikaikan tulisan jawi di papan tanda jalan.

Dan yang terbaru ialah berkaitan tuntutan melampau berunsur penghinaan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng terhadap kalimah Allah s.w.t untuk digunakan dalam Bible versi Bahasa melayu.

Tidak mustahil kebiadapan yang dilakukan oleh Patrick Teoh juga ada kaitan langsung dengan trend penghinaan terhadap Islam yang semakin mendapat tempat dalam parti chauvinist Cina itu.

Apapun disamping kita dengan berat hati mengalu-alukan kesediaan Patrick memohon maaf atas kesilapannya, harapnya penyokong tegar PR itu juga perlu perlu berani untuk memohon maaf dengan PM dan Kerajaan Pusat kerana turut menerima tempias berikutan keterlanjurannya.






Berita Berkaitan

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan...

ADUN Warisan Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan...

Proton Persona dipandu gila sebelum terbakar

Kajang: Kereta Proton Persona yang terbakar di Jalan Suakasih Bandar Tun Hussein Onn di...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan