PAU 2014: Semua Naib Presiden, Pairin dan Polis Sokong Kekal Akta Hasutan 1948 Kekal

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Kemarin, tersangka preman di Jakarta Utara dan Jakarta Barat ditangkap

Jakarta (ANTARA) - Sejumlah berita seputar kriminalitas Jakarta terkait...

KISAH ANTI-VAKSIN, ISU PERDANA MENTERI BARU DAN HARAPAN KEPADA YDP AGONG

1. Anti vaksin jadi kambing hitam. Itulah yang mula...

Kim Jong Un label K-Pop sebagai ‘barah mudarat’

PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menuduh K-Pop...

限行令延长警方继续设路障·韩沙:接受14日到期通行信

内政部长拿督斯里韩沙再努丁指出,由于政府已延长限行令3.0两周,警方会继续接受将于14日届满的关键领域通行信函,直至28日。

Healthcare Assistant In The UK Steals Dead Patient’s Bank Card To Buy Snacks

A healthcare assistant, Ayesha Basharat was caught stealing an...

pau-2014gucapan-dasar-presiden-perwakilan

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyambut baik keputusan kerajaan mengekalkan Akta Hasutan 1948.

Kata beliau tindakan tepat dalam usaha membendung tindakan pihak tertentu yang ketika ini secara terbuka menggunakan kebebasan bersuara secara salah.

“Saya amat mengalu-alukannya dalam keadaan sekarang apabila kebebasan untuk bercakap, kebebasan bersuara dan kebebasan menulis pelbagai perkara telah banyak disalahgunakan…dan Akta Hasutan adalah undang-undang yang amat sesuai untuk menangani keadaan ini,” ujar beliau.

Dalam masa sama beliau menyarankan penambahbaikan terutama dalam aspek pendakwaan, kata beliau kepada wartawan selepas Majlis Perasmian Seminar Pelaksanaan Perolehan Hijau Kerajaan (GGP) Polis Diraja Malaysia di Putrajaya tadi.

“Pengekalan akta tersebut penting bagi mengelakkan kebebasan yang diberikan disalah guna sehingga menimbulkan kekacauan dalam negara,” ujar beliau ketika diminta mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Perhimpunan Agung UMNO pagi Khamis.

Sementara itu, ketiga-tiga Naib Presiden UMNO menyokong penuh keputusan mengekalkan Akta Hasutan 1948 sebagaimana yang diumumkan oleh presiden parti itu hari ini.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ketika mengadakan sidang media bersama Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata ini menggambarkan Datuk Seri Najib Razak mendengar suara daripada akar umbi.

“Bukan sahaja kelegaan kepada agama Islam, tetapi turut kepada agama-agama lain. Sebabnya terlalu banyak sentuhan yang dilakukan kepada hal-hal sensitif ini.

“Diperkukuhkan dan diperkasakan juga kepada ada kumpulan dan pertubuhan sama ada berdaftar atau tidak berdaftar yang telah berkempen untuk memisahkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia,” katanya

Menurut Shafie, keputusan Najib membuktikan UMNO merupakan sebuah parti yang sentiasa mendengar suara rakyat dalam menjamin keselamatan dan kesejahteraan negara.

Beliau yang mengalu-alukan keputusan itu turut menyifatkan langkah berkenaan menjadi landasan bagi kerajaan mengambil tindakan undang-undang yang tegas terhadap anasir yang sengaja cuba menggugat kemakmuran rakyat berbilang kaum di negara ini.

Dalam pada itu, Presiden PBS Datuk Seri Pairin Kitingan memberitahu pengumuman Najib itu usaha melindungi perjalanan negara ketahap yang kita inginkan supaya Malaysia terus maju dari segi pembangunan dan infrastruktur tetapi dari patriotisme.

“Berhentilah hasutan untuk membawa keluar Sabah dan Sarawak dari Malaysia…. Pucuk pimpinan perlu mengambil langkah-langkah untuk memperketatkan lagi keamanan yang diusahakan kita bersama,” kata beliau ditemui di PWTC tadi.

Pairin antara pemimpin parti komponen BN yang menghadiri perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2014 Khamis.

Menurut Timbalan Ketua Menteri Sabah itu, perlu diambil langkah untuk memperkuatkan semangat juang ketahap yang lebih menguntungkan Malaysia di masa akan datang.

“Apabila diperkukuhkan Akta Hasutan nanti diharapkan supaya tidak akan ada lagi suara sumbang, kita boleh tumpukan perhatian terhadap masa depan negara seperti soal pembangunan, keamanan dan program-program transformasi supaya tercapai segala-gala usaha baik untuk rakyat majmuk.” katanya.-

BACA juga:

Leave a Reply